TIPS MENDAPATKAN CAHAYA MATA: WAKTU SESUAI MELAKUKAN HUBUNGAN SEKS




Sewaktu wanita berada di peringkat subur dan melakukan hubungan seks, maka sperma akan memasuki faraj atau vagina pada masa yang tepat, sperma ini akan dilindungi daripada persekitaran faraj yang berasid. Hal ini dapat memelihara sperma daripada lendiran mukus semula jadi. Biasanya, jutaan sperma akan cuba memasuki faraj tetapi beberapa ribu sahaja berjaya melalui pangkal rahim dan seterusnya menuju ke rahim atau uterus.
Daripada ribuan sperma itu, hanya ratusan yang berjaya memasuki salur falopio untuk bertemu dengan pasangannya, iaitu ovum yang sudah bersiap sedia menunggunya di bahagian ampula. Antara faktor yang mempengaruhi sama ada sperma itu berjaya sampai kepada ovum termasuklah kebolehannya untuk berenang dan pergerakan rerambut halus (silia) yang terdapat pada salur falopio. Pergerakan silia ini akan membantu sperma untuk sampai kepada ovum.
Kuantiti sperma yang diejakulasi ke dalam faraj. Secara purata, sebanyak tiga milimeter air mani yang akan diejakulasi ke dalam faraj. Terdapat 60 juta sperma dalam satu milimeter air mani. Dengan kata lain, hampir 200 juta sperma akan memasuki faraj semasa proses ejakulasi berlaku. Tetapi hanya satu sperma yang diperlukan untuk proses persenyawaan. Sekiranya, bilangan sperma di bawah aras 20 juta per milimeter, maka peluang untuk hamil adalah rendah.
Waktu sesuai untuk melakukan hubungan seks.
Sperma dapat hidup dalam mukus (lendir) pangkal rahim antara 48 hingga 72 jam. Justeru itu, hubungan seks hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya pada selang sehari semasa waktu subur. Hal ini kerana ovum hanya boleh disenyawakan dalam masa 12 hingga 24 jam setelah dikeluarkan, maka amatlah penting untuk sperma berada di luar ampula untuk menunggu masa bersenyawa dengan ovum. Dengan kata lain, waktu yang amat sesuai untuk melakukan hubungan seks adalah sebelum proses pengeluaran ovum atau pengovulan. Bagi wanita yang mempunyai kitar haid selama 28 hari, masa yang sesuai adalah bermula pada hari ke-11 hingga hari ke-16. Jika hubungan seks berlaku setelah proses pengovulan, peluang untuk hamil adalah rendah.
Hubungan seks yang kerap dan pada waktu yang tepat tidak mencukupi.
Hubungan seks amatlah penting dilakukan pada waktu subur. Waktu subur dapat dikira dari jarak masa kitar haid yang sebelumnya, melalui carta suhu, atau melihat perubahan kelikatan mukus (lendir) pangkal rahim. Sperma perlu berada di dalam salur falopio pada waktu subur kerana ovum hanya dapat bersenyawa untuk beberapa jam, iaitu 48 hingga 72 jam. Dengan mengadakan hubungan seks sekurang-kurangnya pada hari ke-11 dari kitaran haid bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang normal, maka peluang persenyawaan berlaku adalah tinggi. Pada hari-hari berikutnya, kekerapan hubungan seks boleh dilakukan mengikut kehendak pasangan masing-masing. Menahan diri daripada melakukan hubungan seks sebelum waktu subur bagi tujuan menambahkan bilangan sperma dan meningkatkan kesuburan hanyalah suatu mitos. Bilangan sperma akan meningkat tanpa melakukan hubungan seks selama dua hingga tiga hari, tetapi ramai lelaki yang subur boleh menghasilkan jumlah sperma yang mencukupi melalui hubungan seks dengan lebih kerap. Terdapat dua sebab pasangan suami isteri tidak melakukan hubungan seks dalam jangka masa yang lama. Pertama, risiko terlepas waktu pengovulan dan kedua, sperma akan menjadi kurang aktif. Oleh itu, penting untuk mengagak masa pengovulan berlaku supaya hubungan seks dapat dilakukan dua hingga tiga hari sebelumnya. Turut diberikan perhatian ialah kehadiran sperma yang subur dan bersedia untuk bersenyawa sebaik sahaja ovum dikeluarkan.
Wanita tidak perlu baring selepas hubungan seks dilakukan. Persenyawaan terjadi apabila sperma sampai ke salur falopio dan bersenyawa dengan ovum. Kehamilan berlaku daripada hubungan seks dalam pelbagai posisi. Pergerakan sperma tidak bergantung pada posisi tertentu yang harus dikekalkan oleh wanita. Oleh itu, wanita tidak perlu untuk berbaring di atas katil atau berehat seketika setelah melakukan hubungan seks. Menurut petua orang tua, dengan meletakkan bantal di bawah punggung atau menaikkan kaki selepas selesai melakukan hubungan boleh membantu dalam proses persenyawaan adalah kurang tepat.


No comments:

Order Form for UPT,OPK,Avail's Product~

Name:
Telefon Number:
Email Address:
Address:
Quantity & Items
Payment Mode CIMB
RHB
Cash Deposit
Online Transfer
When can u settle the payment? : Within 24 Hours After Confirmation
Within 48 Hours After confirmation
I have read,understood and agreed to the terms & Conditions

Item(s) will be post via Pos Laju only in MALAYSIA. 

Sila pastikan emel anda betul sebelum submit order!

Sila cek emel @ spam box @ junk mail dalam tempoh 24 jam untuk mendapat respon.


Click here to put a form like this on your site.

Rezeki Ramadhan Alhamdulillah

Alhamdulillah

Daisypath Anniversary tickers

Our Precious Gift From Allah swt

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

My Blog B'day

Daisypath Happy Birthday tickers
Copyrights 2012 | © Mrs. Chenta TTC Journey | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™