Semasa chenta menghayati vc ni..
chenta rasa sangat terharu
sehingga menitiskan airmata
betapa besarnya kuasa ALLAH
sesungguhnya kepada mereka yang telah memiliki zuriat atau yang sedang menanti
kehadiran zuriat kalian, anda adalah wanita-wanita istimewa kerana telah dipilih untuk menjaga amanah yang diberi dan yang dinantikan oleh setiap pasangan yang sudah berkahwin seperti chenta.
Sungguh indah merasa saat kehamilan.
Chenta yang menanti keajaiban ALLAH s.w.t sendiri dapat merasakan apabila
menonton video ni..
Cuma chenta tidak dapat merasakan saat janin menendang,saat melahirkan..
Sesungguhnya chenta berdoa moga satu ketika nanti ALLAH permudahkan impian chenta dan kawan-kawan
yang ingin memiliki zuriat dari rahim sendiri.
Amin.
YA ALLAH hanya kepada MU ku memohon kerana hanya KAU yang menerima doa.
Kurniakan aku dan rakan-rakan ku yang lain zuriat yang soleh dan solehah. Hanya KAU yang tahu apa yang terbaik buat kami. Moga suatu hari nanti kami akan menerima dan merasai apa yang dirasai oleh ibu-ibu di luar sana saat mereka hamil ,melahirkan ,membesarkan serta memberikan didikan ke atas zuriat yang telah KAU kurniakan. Amin Ya Rabbal Alamin.
Insya'ALLAH dengan izin MU Ya ALLAH.







No comments:
Post a Comment