Ayat Ruqyah..


Hari ini chentanak kongsikan satu ayat yg di namakan AYAT RUQYAH yg mana ianya boleh mengesan diri kita ni ada JIN atau tidak (dlm badan kita la), juga boleh menghalau JIN atau SYAITAN  dari tubuh badan kita.
Kalau komputer kita ada VIRUS kita selalu scan kemudian kita delete atau padamkan virus yg terdapat di dalamnya. Jika VIRUS itu yg susah nk dihapuskan kita akan hantar komputer kita ke kedai2 komputer untuk format semula komputer kita tu kan..
Sekarang kita nak SCAN diri kita pulak nk tahu samada dalam badan kita ada JIN atau tidak. caranya seperti ini:
1. Kita dengarkan video ayat ruqyah ini dgn earphone dgn volume yg paling kuat
2. Pejam mata dan jangan ikut bacaan ayat2 tersebut samada di mulut atau di dalam hati
3.SEKIRANYA…badan anda  BERPELUH2, HATI ANDA BERDEBAR2, TERASA MULA , HENDAK MUNTAH, PENING, TERASA ADA YG BERGERAKI DI BAWAH KULIT ANDA, SENDAWA , MENGANTOK, BATUK JANTUNG BERDEGUP KENCANG…
ini bererti badan anda dihuni JIN..
sekiranya ini berlaku maka anda hendaklah berjumpa dengan ustaz2 yg ada di darus syifa.. jgn jumpa BOMOH atau PAWANG ye…syirik tu
Jom kawan..kita dengarkan AYAT RUQYAH ini..

boleh download ayat ni dlm fon u ol, atau dengar melalui youtube..


Photobucket

Muhasabah Diri Itu Lebih Baik

Bila tibanya tahun baru, tidak kira tahun baru Islam mahupun tahun baru masihi, masing-masing antara kita sibuk untuk menetapkan azam baru dalam memperbaiki atau mempertingkatan mutu mahupun kualiti dalam kehidupan kita.
Namun kebanyakan kita selalu terlupa untuk muhasabah semula kembali azam-azam itu yang lepas.Diulanginya setiap perkara negatif yang menjauhkan kita dari mencapai azam yang di tetapkan itu.Muhasabah ini hendaklah dilakukan selepas setiap amal yang dilakukan agar hatinya tenteram bahawa dia tidak menyeleweng dari ketetapan Allah dan sentiasa mematuhi arahan dan meninggalkan larangan-Nya.
Mengikut Ibnu Qudamah:
"Pengertian muhasabah ialah melihat keadaan modal, keadaan keuntungan dan kerugian, agar dapat mengenalpasti sebarang penambahan dan pengurangan. Modalnya dalam konteks agama ialah perkara yang difardhukan, keuntungan ialah perkara sunat dan kerugiannya pula ialah maksiat."
Ibnul Qaiyim pula berkata:
"Muhasabah ialah membezakan antara apa yang diperolehinya dan apa yang perlu ditanggungnya. Setelah mengetahui yang demikian, maka dia hendaklah membawa apa yang diperolehinya dan melunaskan apa yang ditanggungnya. Dia seolah-olah seorang musafir yang tidak akan kembali."
Kepentingan bermuhasabah
Dengan bermuhasabah diri, kita dapat menilai setiap perbuatan kita, apakah ianya mencapai matlamat, menghampiri matlamat atau lebih teruk menjauhi matlamat yang kita tetapkan.
Contohnya bagi sesebuah pasukan bola sepak, bilamana berakhirnya sesuatu perlawanan (terutama bila mengalami kekalahan), pasti akan di adakan muhasabah (atau lebih di kenali sebagai post-moterm). Ini bertujuan untuk mengenal pasti segala kekurangan dan kelemahan seterusnya memperbaiki dan mempertingkatkan prestasi pasukan mereka. Maka,selebihnya lagi kita sebagai seorang muslim.
Dengan bermuhasabah juga, seseorang itu dapat mengelakkan diri daripada melakukan kesalahan yang sama untuk kali kedua,kerana orang muslim yang hebat adalah mereka yang dapat mempertingkatan kualiti diri mereka dari masa ke semasa.
Sabda Rasulullah saw :
"Orang muslim itu tidak akan di patuk ular pada lubang yang sama untuk kali kedua"
Kelebihan bermuhasabah
  1. Dapat mengenali kekurangan diri, maka dengan itu dapatlah kelemahan itu di perbaiki.
  2. Dapat bertaubat, menyesali dan meninggali setiap kesalahan yang lepas.
  3. Dapat mengenali hak Allah taala ke atas diri kita.
  4. Dapat mengelakkan diri dari mengulangi kesalahan yang lepas dan seterusnya mempertingkatkan amalan soleh.
  5. Dapat mempersiapkan diri sebelum bertemu dengan Allah di hari akhirat kelak.

Seperti yang di katakan oleh Umar al-khattab :
"Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung, timbanglah amalanmu sendiri sebelum ia ditimbangkan untukmu, dan bersedialah untuk hari pembentangan amal yang besar, sesungguhnya hisab pada hari kiamat menjadi ringan bagi sesiapa yang melakukan muhasabah diri di dunia ini.
Maka, di kesempatan ini, penulis menyeru kepada diri sendiri terutamanya, dan seterusnya kepada pembaca-pembaca yang di rahmati Allah sekalian, agar kita sentiasa muhasabah diri kita dari masa ke semasa, agar dapat memperbaiki dan mempertingkatkan prestasi diri kita dan lebih-lebih lagi dalam mengerjakan amal ibadah kepada Allah. Semoga hari ini lebih baik dari hari-hari kita yang sebelum ini.
Photobucket

Sedih~


Sedih mengenangkan sikap2 mereka yang melahirkan anak luar nikah~
senang dapat dan sewenangnya kalian membuang bayi tersebut~
dosa yang kalian buat pun dah terlalu besar apatah lagi ditambah dengan dosa membunuh..
Ya ALLAH bertapa jahilnya pemikiran kalian!
banyak cara lagi yang kalian boleh buat,,,tak nak? boleh serahkan kepada yang lebih memerlukan
mungkin nasib bayi tu lebih baik dari dicampak,dibuang..
9bulan korang angkut kehulu kehilir end up dengan kematian!
mungkin kalian tak rasa peritnya menanti ZURIAT!
esp bagi kami2 yang halal ni..
Hidup tanpa zuriat rasa sgt tak sempurna!
dan orang yang halal dan sng dapat zuriat tak rasa apa yang kami rasa!
tak perlu bersusah untuk dapatkan zuriat, bagi kami ni sanggup buat apa saja walaupun adakalanya benda tu perlu dapatkan khidmat doctor. Andai kalian berada ditempat kami mungkin kalian akan lebih menghargai...akan lebih berhati2.. Ya ALLAH permudahkan la usaha dan doa kami Ya ALLAH,
sesungguhnya kami ingin menikamti apa yang mereka diluar sana sedang,pernah nikmati..naluri keibuan kami sgt kuat Ya ALLAH, insya'allah kami akan jaga amanah MU jika kami diizinkan utk menjaga amanah itu.
sesunguhnya Ya ALLAH lengkap mana pun hidup kami..masih belum sempurna jika tiada zuriat. Apa pun Ya ALLAH kami bersyukur kerana kami adalah insan yang terpilih...insan yang diuji oleh MU Ya ALLAH, aku percaya akan ketentuan MU, kebesaranMU. akan ku nanti saat itu Ya ALLAH...


sorry agak emo byk sgt kes pembuangan baby yg sangat kejam....sangat sedih saat ni..tak terbendung lagi..apatah lagi didalam keadaan yg mcm ni..


Photobucket

Selamat Hary Raya Aidiladha



Selamat menjalani ibadah korban ~
selamat menjamu selera
moga selamat pergi dan pulang ke destinasi yg dituju~

nothing much to say~
chenta bersiaran dari opis terchenta..
8pg-4ptg
Bukan polis,askar,bomba je kerja kami ygkt deptlain ni pun kerja jugak..
he3 lengang tul CIQ ni...+ kerja plak berdua dgn bos..bos pergi sembahyang raya~
lapar....hik3

Photobucket

Endometriosis

Love to share apa yang chenta dapat from my gynea Doc Mohan,doc dari KPJ, JB
feel free to read...info penting kepada TTC ..and bakal bergelar isteri~

Kesakitan Ketika Haid!
Sekiranya kengkawan semua mengalami kesakitan ketika kedatangan haid/period yang semakin kuat,atau pada bhgian pelvik kebelakangan ini, ia mungkin bukan setakat sengugut/period pain yang normal. Mungkin ini adalah tanda-tanda sejenis penyakit yang biasa terapi SERIUS! yang dikenali sebagai
ENDOMETRIOSIS

Simptom-Simptom & Tanda-tanda!
1)Kesakitan semasa kedatangan haid dengan sakit yang teramat sakit(me!)
2) kemuncunculan tanda-tanda berdarah/spotting beberapa hari sebelum kedatangan period(after heavy fresh blood then spotting je)
3) kedatangan haid yang banyak,tidak menentu atau sakit
4) kesakitan pelvic semasa bersama/BD/ML(sesekali)
5) Ketidaksuburan (saya jugak)
6) Kesusahan membuang air besar ketika kedatangan haid (chenta kena)
7) keletihan, kepenatan dan tidak bermaya (selalu jugak)

p/s: ada jugak sesetengah wanita tidak mengalami sebarang simptom walaupun mereka mempunya endometriosis yang sgt serious

Bagaimana Endometriosis Didiagnosiskan!
Berdasarkan sejarah perubatan pesakit endo, tanda2 dan simptom2 jika doc mengesyaki yang anda menghidapi endo diagnosis yg tepat boleh dilakukan melalui prosedur LAPAROSKOPI. Prosedur ini pembedahan kecil pesakit luar ,satu tiub langsing penyalur cahaya akan dimasukkan ke dalam abdomen pesakit utk memeriksa keadaan organ2 abdomen,disamping menentukan saiz dan perkembangan pertumbuhan endometrial seseorang pesakit.

Bagaimanakah Endometriosis ini dirawat!
Cara rawatan adalah berbeza dan ditentukan setelah mengambil kira keperluan setiap pesakit. Doktor akan meneliti umur,simptom2,keinginan pesakit untuk pregnant dan tahap penyakit sebelum menentukan rawatan seseorang pesakit.

Ada 3 jenis rawatan;
1) Terapi perubatan untuk mengurangkan size ketumbuhan endometrial
2) Pembedahan mengeluarkan ketumbuhan endometrial
3) Gabungan pembedahan & terapi perubatan

Terapi perubatan akan mengurangkan paras hormon seseorang wanita dan seterusnya menjejaskan kitaran haid bulanan. Dengan itu pertumbuhan tisu endmetrial akan dikurangkan disamping menghilangkan simptom2 endo utk jangak masa yang panjang. Jika terapi perubatan diperlukan anlog GnRH (hormon sekresi gonadotropin ) merupakan pilihan yang digemari.

p/s: buat rakan2 TTC sekiranya anda mengalami simptom2 /tanda2 seperti yg tersenarai di atas jangan biarkan endo mengancam kehidupan kita. Endo boleh dirawar,yang pasti kita kena yakin dengan cara rawatan. Untuk lebih lanjut berhubunglah dengan gynea anda. 



Photobucket

1st Fertility Check Up


Pada mulanya chenta nak refer berkenaan sakit ketika period..
sakit yang teramat sangat 
sengugut ? dulu pernah kena sengugut masa sekolah dlu tapi tak seazab 6cycle ni
serious fobia sgt bila period siap ckp bila nk preggy ni..bila..bila..bila..
dek fobia dgn sakit time preggy smpi mcm  ni sekali..
nak tau pe yang chenta alami?
1) senak pada ari2 rasa mcm ada sesuatu nak tekeluar tp xde plak..
2) kencing pun sakit rasa mcm nk terkeluar pundi kencing ni
3)buang air besar rasa nk terkeluar usus.1jam pun lom tentu lg...kuar mmg azab!
4)nak berjalan,drive pun xboleh semua tak boleh
seksanya tuhan je yang tahu atlast buat keputusan nak refer KPJ under doc Mohan
act ada 3 gynea doc madam lim,dor hafiz n doc mohan kebetulan hari tu madam lim just buat operation sepanjang hari, jd tak dapat nk refer dia, doc hafiz? never la nk refer doc melayu malu!
takde choice dah masa reg kt kaunter Raj Fertility Clinics dpt la org ke 3
masuk2 doc tgk fail2 kesihatan chenta before ni..sbb refer thyroid pun dgn doc kt kpj tu
doc pun tanya la latar belakang, dh bapa lama kawin?cycle period ok?ada sesiapa dlm keluarga ada kanser?
period pain? yg  macam mana..bla..bla..bla
Tiba2 doc mohan ckp benda yang sy takutkan disini berkahwin 2tahun belum pernah pregnant,period pain yg teramat sakit..mula la dia ckp ok kita buat pap smear,scan alhamdulillah takde cyst n fibroid
check breast..huh yo0 tuhan je tahu perasaan masa tuh..hu3 staff nurse tu senyum je...dah prosedur nya cmtu kan layanzzzzz,
ok settle semua doc pun terangkan berkenaan ENDOMETRIOSIS
yes ada beberapa simptom endo berlaku ketika period...
so doc pun takde ckp byk ok u ada simptom2 endometriosis untuk mengesahkan lagi sama ada kamu ada endo ni kita buat lakaroskopi..dia pun terangkan ok kita tebuk skit bawah pusat  ,kiri kanan nti masukkan kamera kita cek la either u ada endo or prob lain..tube skali kita cek.
saya akan bincang dgn doc chia n lee berkenaan thyroid awak ni..kalau boleh kita buat 2 in 1 operation then amik darah buat urine...doc cakap ok 24th october u admit, 25th kita buat operation k..
hah 25th doc..alamak tak raya la aku kalau cmni..takpe balik dgn hati yg berdebar..ok kos rawatan RM835.80.. berpinar mata eden..hu3 duhai anak mmy ko sanggup buat apa je utk dptkan kau ank...
okey then petang tu doc col..ok u punya operation next week kita delay dlu..sbb ur thyroid n blood tak stabil..kita kasi stabil dlu baru kita setup new date..ok this 2/11 u dtg balik kita check ur darah..ok kita proced ASAP kata doc chia! 16/11 pulak refer doc mohan..doc chia ckp klu buang thyroid tu ada effect kat u, suara u ada berubah sikit la..buat permulaan..maybe akan being normal back once luka dh ok, ada org suara tu akan terus berubah...mls nk decide byk ok doctor i understand n agree. so kalau ada rezeki preggy melahirkan besarkan ank ni, kalau dia tanya mummy napa suara mmy cam laki2..senang je jwb..ni sebab nk dptkan kamu la...mmg sanggup buat pe saja, betapa besar pengorbanan seorang ibu! kawan2 doakan chenta cpt sht n cpt buat operation ea..chenta xnk tunggu lama lg..im 29th already this 5th nov, and 5th nov ni jgk la our 2nd anniversary. moga ALLAH permudahkan jua..
ok nanti chenta free chenta story simptom2 endometriosis ea..

Photobucket

Fertility Check Up

Salam jumaat buat semua, chenta still dekat KPJ Johor, mulanya dtg nk tau y selalu sakit during period. So tadi doc buat la pap smear,breast check up, n scan. Alhamdulilah no fibroid n cyst, tapi doc risau ada endometriosis  next week 24/10 chenta admit 25/10 chenta laparoskopi. Dan kalau xde apa2 myb buat 2 operation skali dlm masa yg sama thyroid. Risau sume ada tapi demi mu anak ,mmy sgup buat apa pun sayang... Walaupun sebenarnya operation thyroid ni ada risiko buat mmy...
Moga Allah pemudahkn semuanya,tak beraya la chenta minggu depan..

Bayi Meninggal Keguguran Sunat Aqiqah

Salam~
u ol pernah dengar tak tentang bayi yang meninggal sama ada selepas lahir atau didalam kandungan ibunya sunah aqiqah~ chenta pun baru tau semalam masa attend kuliah agama..anjuran pihak kastam~
ustaz rifqi cakap bayi yang meninggal seusia 4bulan sama ada di dalam kandungan atau selepas lahir sunat di aqiqahkan..kerana sudah cukup sifat serta telah pun ditiup roh ke atas janin tersebut (bernyawa), ramai akak-akak yg attend ceramah tu terkejut coz tak tau..so tak salah rasanya chenta share..sharing is caring~
or jika kurang maklumat boleh la rujuk mana2 ustaz..tp ada sesetengah ustaz ckp tak perlu..mcm tu jugak la sekiranya bayi dh cukup sifat dan bernyawa berusia 4bulan ke atas dalam kandungan jenazah bayi tersebut perlua la dimandikan,dikafankan,disembahyangkan dan dikuburkan seperti jenazah lain..namun ada jugak ustaz yg kata tak perlu bole ditanam dimana-mana~ chenta pun xpernah nk alami sume ni lagi..so mgkn yang pernah alami tu cuba cr info berkenaan ni..arwah adik adik ipar chenta disemadikan bersama janin mereka. masa tu baby nak masuk 4months dalam perut arwah adik ipar
apa pun mgkn artikel kat bawah ni boleh membantu~
Oleh: Syaikh Sholeh bin Abdil Aziz Alu Syaikhhafidzohulloh
Pertanyaan:
Jika bayi gugur dari perut ibunya dalam keadaan mati, apakah perlu di-aqiqahkan?
Jawaban:
Jika bayi itu keluar dari perut ibunya sambil menangis, maka ia perlu di aqiqahkan, ini dengan kesepakatan ulama. Dan sebagian ulama berpendapat: demikian pula jika telah ditiupkan ruh padanya (setelah usia kehamilan 4 bulan, pent) dan bergerak-gerak di dalam perut ibunya lalu keluar (gugur), maka ia telah menjadi manusia yang memiliki jiwa. Dan aqiqah berkaitan dengan penebusan jiwa ini, sebagaimana disabdakan oleh Rosululloh alaihish sholatu was salaam:
“Setiap anak yang lahir tergadai dengan aqiqahnya, disembelihkan untuknya pada hari ketujuhnya dan diberi nama”
Maka apabila telah ditiupkan ruh padanya yang tanda-tandanya adalah bergerak-geraknya ia di dalam perut ibunya, kemudian setelah itu mati dan gugur dalam keadaan mati, maka ia perlu di aqiqahi. Karena aqiqah ini adalah tebusan baginya dan ruh/jiwa yang telah ditiupkan kepadanya. Oleh karena itu, janin yang telah ditiupkan ruh berlaku padanya hukum bayi yang terlahir dalam keadaan hidup, berlaku hukum memandikannya, mengkafaninya, menguburkannya, dan lain-lain. Karena ia adalah manusia yang telah memiliki ruh, dan pendapat inilah yang lebih benar.
Sumber: Mukhtashor min Ahkamil Hadyi wal Adhohi, diterjemahkan dari: http://www.mktaba.org/vb/showthread.php?t=3289. artikel ummushofi.wordpress.com
إذا سقط من الصبي من بطن أمه ميتا فهل يعقُّ عنه؟
ج/ إذا استهل صارخا خرج من بطن أمه له صوت فإنه يعق عنه، وهذا باتفاق، وقال بعض أهل العلم: وكذلك إذا نفخت فيه الروح فتحرك في بطن الأم فخرج فإنه صار نفسا منفوسا، والعقيقة متعلقة بافتداء هذه النفس كما قال عَلَيْهِ الصَّلاَةُ والسَّلاَمُ «كل غلام مرتهن بعقيقته يعق عنه يوم سابعه ويسمَّى» فإذا نفخ فيه الروح وعلامة ذلك أنه تحرك في بطن الأم ثم بعد ذلك مات وسقط ميتا فإنه يعقّ عنه؛ لأنه فداء له ولتلك النفس التي نفخت فيه، ولهذا يجري على من نفخت فيه الروح من الأجنة يجري عليه أحكام الذي خرج حيا من تغسيله ومن تكفينه ومن دفنه إلى غير ذلك؛ لأنه كان نفسا منفوسا وهذا أصح.
مختصر من أحْكَـام ُ الهَـدْيِ والأضَاحِي
للشيخ صالح بن عبد العزيز آل الشيخ
Photobucket

OPK n UPT update


Upt n opk rm2/pcs postage semenanjung rm6 ,sabah dan sarawak rm9 berminat sila isi form di bawah blog..ea
TQ~


Photobucket

OPK n UPT

PRODUK 01: STRIP UJIAN KEHAMILAN/ PREGNANCY TESTER STRIP
HCG Pregnancy Tester Strip : Untuk sampel urin/air kencing, mudah
diguna,keputusan yang cepat. Diluluskan oleh CE&ISO
 
~Ujian kehamilan yang cepat, mudah diguna, dan berkualiti. Mengesan hormon human 
chorionic Gonadotropin(hCG) dalam sampel urin/air kecing.
~Keputusan diambil dalam masa 1~5 minit. ABAIKAN keputusan lebih daripada masa 
yang diberikan.
~Tahap kepekaan pada 25 mIU/ml or 10 mIU/ml sampel urin/air kencing. 
~Ketepatan sehingga 99.9% 
~Sampel diambil boleh diambil bila-bila masa. Tetapi dinasihatkan anda mengambilnya 
pada urin/air kencing pertama selepas bangun tidur di waktu pagi.
~Simpan pada suhu bilik.
~Tarikh
 
 
 
PRODUK 02: STRIP UJIAN OVULASI/ OVULATION TESTER STRIP
 
LH/Ovulation Test Strip
1 Untuk menggunakan LH Ovulation test strip, anda hanya perlu mengisi bekas dengan 
sampel urin/air kencing.Celup strips dalam keadaan menegak. Keputusan akan muncul 
dalam masa 2~5 minit.
2: JANGAN baca keputusan anda melebihi masa yang diberi.
Bagaimana Strip Ovulasi Tester mengesan peningkatan hormon LH?
Ujian ovulasi adalah ujian kualitatif digunakan untuk melihat jika terdapat
peningkatan
hormon LH dalam air kencing.
Secara normal, LH (hormon luteinizing) akan meningkat secara mendadak di tengah-
tengah 
kitaran haid. Peningkatan LH mencetuskan ovulasi dimana telur dikeluarkan secara 
berkala 
daripada ovari wanita yang subur. Pakar-pakar WHO menyatakan bahawa ujian LH 
adalah 
cara yang paling dipercayai untuk mengesan ovulasi. Ovulasi akan berlaku dalam masa 
24-48 jam selepas ujian didapati positif.
Apabila strip ujian ovulasi dicelup ke dalam spesimen air kencing, tindakan kapilari 
adalah 
untuk menyerap spesimen dan membawanya ke zon ujian(T). Apabila hormon LH di 
dalam spesimen itu mencapai zon ujian (T), ia akan membentuk satu garis berwarna. 
Ketiadaan garis berwarna menunjukkan keputusan negatif. Jika terdapat garisan, 
keputusan mungkin positif (sila rujuk penjelasan di bawah). Sebagai prosedur kawalan, 
garis berwarna akan muncul di zon kawalan (C), jika ujian telah dilakukan dengan betul. 
Ujian mengesan ovulasi ini memberikan tahap keberkesanan yang tinggi untuk 
membantu anda menentukan kehamilan kerana alat ini dapat menentukan tempoh 
bahawa telur dan 
sel sperma akan bertemu dalam keadaan yang terbaik.
Ovulasi
dan faktor-faktor lain dalam kehidupan anda. Anda tidak boleh menganggap bahawa 
ovulasi 
sentiasa berlaku pada masa yang sama setiap kitaran haid. Oleh itu anda perlu menguji 
sekali lagi dalam setiap kitaran haid.
Anda juga mungkin perlu menggunakan LEBIH daripada satu strips untuk mengesan 
hormon LH pada setiap kitaran haid. Kebanyakan strips ovulasi difarmasi mungkin agak 
mahal untuk dibeli dalam jumlah yang banyak. Dengan LH/Ovulasi Tester Strip kami, 
moga dapat memberikan anda lebih penjimatan. 
Bagaimana untuk membaca keputusan ujian?
Positif (LH Surge):
Jika dua jalur warna muncul pada zon ujian (T) adalah sama atau lebih pekat daripada 
zon kawalan (C), anda mungkin akan mengalami proses ovulasi dalam masa 24-48 
jam. 
Jika anda sedang berusahan untuk hamil, masa terbaik untuk berhubungan intim 
dengan 
suami adalah selepas 24jam atau sebelum 48 jam.
Negatif (No LH Surge):
Hanya satu jalur warna pada zon kawalan (C), tiada jalur warna pada zon ujian(T),
ATAU dua jalur warna TETAPI jalur warna pada zon ujian (T) lebih cerah(lighter) 
daripada 
zon kawalan (C).
Invalid:
Jika tiada jalur warna lansung pada zon kawalan (C) dan zon uijian (T),
ATAU
pada zon kawalan (C).

untuk tempahan sila isi form dibawah blog ini..
TQ so much

Photobucket

Khasiat Avocado

Semalam 1st time chenta dok minum air buah avocado yang diblend sendiri
mula2 memang nk uweks...hu3 tak boleh nak telan sampai kt tekak je mual..
kebetulan mr.ddy ada beli dutch lady perisa coklat
takde fikir panjang bangun terus mix dalam juice avocado tuh
pergh dengan jayanya licin diminum alhamdulillah
btw ni pun salam satu usaha TTC (belum give up lagi )
ni pic yg chenta buat semalam....


sesapa yg follow chenta kat instagram tu tau la kan chenta dh minum air ni...
meh chenta share khasiat buah avocado ni dengan kawan-kawan...


Khasiat sebiji avocado



BUAH Avocado mungkin tidak sepopular buah-buahan import lain seperti epal atau kiwi yang sudah lama berada di pasaran negara ini.
Bagaimanapun buah yang berbentuk lonjong berwarna hijau ini sebenarnya mengandungi khasiat pemakanan yang hebat.
Di kalangan wanita di negara ini mungkin sekian lama tahu mengenai buah avocado ini tetapi tahap pemahamannya hanya setakat digunakan dalam produk kecantikan.
Avocado sebenarnya mempunyai rasa yang lemak dengan isinya yang halus.
Ia bukan sahaja sedap untuk dimakan begitu sahaja malah boleh dipelbagaikan cara masaknya seperti snek, salad, pencuci mulut atau sup.
Baru-baru ini Euro-Atlantic Sdn. Bhd., pengimport buah-buahan di negara ini mengundang Jodie Campbell selaku penyelaras kursus dan latihan dari Agri-Science Queensland untuk menyampaikan ceramah mengenai Rasa Avocado Australia.
Ceramah yang disampaikan di Berjaya University College of Hospitality (BUCH) di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, itu bertujuan mendedahkan tentang kelebihan nilai pemakanan buah avocado.
Jelas Jodie, avocado Australia memang istimewa kerana ia didatangkan daripada ladang yang terpilih supaya kualiti dan khasiatnya terjamin setelah dieksport.
''Avocado bukan sahaja rendah kandungan gula dan tiada garam tetapi kaya dengan vitamin iaitu C, E dan K,'' katanya.
Selain itu ia juga mengandungi antioksida dan potasium untuk mengelak daripada penyakit radang sendi dan kandungan asid foliknya pula dapat mengelak serangan jantung dan kanser.
Katanya, hasil kajian oleh Wesley Medical Centre, Brisbane, Australia mendapati jika seseorang itu makan setengah atau sebiji avocado setiap hari selama sebulan akan dapat mengurangkan berat badan dan merendahkan kolesterol.
Selain itu, katanya, buah itu juga kaya dengan vitamin E yang baik untuk memperlahankan proses penuaan dan juga kanser.
''Avocado juga mengandungi sumber lutein yang tinggi untuk mengawal katarak sebagai langkah awal daripada menjadi buta,'' katanya.
Katanya, buah itu juga sesuai sebagai makanan bayi kerana dengan kandungan lemak tidak tepu akan membantu proses perkembangannya.
Jelas Jodie, buah avocado Australia terdapat dalam dua jenis iaitu hass di mana berbentuk lonjong dengan kulitnya agak menggerutu berwarna hijau yang bertukar menjadi gelap dan ungu setelah masak.
Manakala jenis shepard pula berbentuk lonjong macam pir yang berwarna hijau dengan kulit lebih licin dengan rasa isi lebih lembut dan lemak.
Katanya, disebabkan bahagian luar avocado agak lembut maka ia perlu dipegang dan disimpan dengan cermat supaya tidak mudah lebam.
Pada majlis itu juga diadakan demonstrasi resipi Avocado Zimbabwe dan lebih banyak resipi lagi boleh dicari dengan melayariwww.avocado.org.au

dan apa yang chenta tau avocado juga sesuai untuk orang2 yg berTTC mcm kita ni...

credit to:Avocado



Photobucket

UPT N OPK

Salam semua, chenta nk war2kan chenta dah open order utk opk n upt. Setiap 1 pcs rm2 postage semenanjung rm6 sabah sarawak rm9 insya'allah chenta akan jual upt n opk ni selagi ada stock. Kepada yang nk order do email me: mmychenta@gmail.com or add fb chenta yg tertera di kanan blog ni.
Oh ya takde sistem booking ea darling semua, sapa buat payment dlu dia dpt dulu...harg bt masa ni rm2 sekiranya ada kenaikan harga akan diberitahu rasanya takde lagi bt setakat ni.

Suhu o0o0o Suhu

tak banyak menda nak story,
geram dengan suhu 
naik hari ni esok turun naik balik eh turun balik..
bawah coverline ada ngam2 coverline pun de..
dh mls nk berforum..
dok lyn group ttc kt fb je..
nak tau citer chenta tgk je la bbt tu kalau bt tu alhamdulillah,kalau tak bt tu namanya dh give up!
next week mai cik p..tak mo dh stress cari thermometer,xnk lagi meraba cari thermometer!
biar sumenya normal mcm sebelum 6cycle lepas..
ttc natural way ,solat,pohon pada allah,usaha,bersabar,tawakal..ALLAH lbh mengetahui apa yg terbaik buat chenta ni..mgkn de yg perlu diubah!
Photobucket

Selamat Pengantin Baru Buat Adik Tersayang!


Salam kengkawan~
just nak share few pic masa majlis perkahwinan adik tersayang Sabtu & Ahad lepas~
jom kita layan~


Akad Nikah

Alhamdulillah sekali lafaz 

\
Syukur

Baju kelabu my lovely abah , sebelah tu my lovely mak

pengantin perepmuan dengan abangnya

Welcome to our family sis~

Pengantin lelaki yang rock!



Tol.. he3 nak kawin ngan org Johor cmni la ea..tp ni sekadar suka2 untuk memeriahkan majlis..
oh ye ada jugak yg salah erti igt kne letak dlm angpow ni lebih dari rm5..padahal rm1 pun dah berbaloi..anggap je kita suka2 sambil bersedekah..kalau hati ikhlas pahal pun kita dpt..


my lil sis bg duit tol kat dak2 kecik ni~



yeay dah leh masuk~

berbalas pantun pulak~


air yassin maybe

Bersilat~

sape kata perempuan takleh bersilat dimajlis perkahwinan~

side pengantin perempuan

my lil brother n sis in law~


Zapin~

my family n keluarga mak andak

our falmily maaf le pic x centre lupa nak bg kat pro cameraman..terbagi kat omel yang umur baru 9thn ha3

last but not least...nak jugak dok atas pelamin he3

Photobucket

Order Form for UPT,OPK,Avail's Product~

Name:
Telefon Number:
Email Address:
Address:
Quantity & Items
Payment Mode CIMB
RHB
Cash Deposit
Online Transfer
When can u settle the payment? : Within 24 Hours After Confirmation
Within 48 Hours After confirmation
I have read,understood and agreed to the terms & Conditions

Item(s) will be post via Pos Laju only in MALAYSIA. 

Sila pastikan emel anda betul sebelum submit order!

Sila cek emel @ spam box @ junk mail dalam tempoh 24 jam untuk mendapat respon.


Click here to put a form like this on your site.

Rezeki Ramadhan Alhamdulillah

Alhamdulillah

Daisypath Anniversary tickers

Our Precious Gift From Allah swt

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

My Blog B'day

Daisypath Happy Birthday tickers
Copyrights 2012 | © Mrs. Chenta TTC Journey | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™