Apabila telur disenyawakan dan tertanam pada dinding rahim, badan kita akan mula merembeskan hormon yang dipanggil hCG. Sekiranya berlaku keguguran,sebelum tarikh haid anda yang akan datang,ia dipanggil chemical pregnancy atau kehamilan kimia.
Disebabkan ia gugur terlalu awal, ujian ultrasounds selalunya gagal mengesan kehamilan ini dan satunya cara untuk mengetahui lebih tepat ialah mengukur tahap hormon hCG dalam darah.
Kadang-kadang ujian air kencing boleh mengesan kehadiran kehamilan kimia ini tetapi bergantung kepada tahap sensitiviti UPT tersebut.
Keguguran awal sebenarnya sangat kerap terjadi dan kebanyakan wanita tidak perasan yang mereka sebenarnya hamil kerana ia terjadi pasa sekitar masa yang sama haid anda yang seterunsya. Statistik menjangkakan 50-60 peratus dari kandungan pertama berakhir dengan kehamilan kimia.
Apa yang Dimaksudkan kehamilan kimia terhadap diri anda
Sekiranya anda mengalami kehamilan kimia,jadikan ia sebagai berita yang baik kerana ia menunjukan yang anda berupaya untuk hamil, cuma mungkin masa belum mengizinkan. Sekiranya anda gugur ia bukan bermaksud anda sukar hamil kerana keguguran awal kerap dikaitkan dengan janin yang tidak sihat. Kebanyakkan dari pesakit yang mengalami keguguran awal akan mengalami kelahiran anak yang sihat pada kandungan yang akan datang. Kehamilan kimia bukan salah satu ketidaksuburan atau menunjukkan yang ada dan suami ada masalah genetik.
p/s: chenta rasa chenta pernah mengalami chemical pregnancy ni, hujung tahun lepas kalau tak silap. upt 2line faint +ve ditambah period delay 2 hari. pergi klinik buat upt 2line yang jugak faint +ve, doc bagi multivitmain,asid folic dan nasihatkan jangan buat kerja berat, tup..tup lusa cik P pun sampai. Sedih tak terhingga...belum rezeki chenta dan suami...tak mudah berputus asa....akan cuba selagi boleh..i love naturally way...hujung 2012 still tak preggy baru chenta jumpa gynea. Inysa'allah







No comments:
Post a Comment