Kepanasan


Selamat Malam blogger's!
Lately ni musim hujan kan?
Pastu skang ni malam panas je kan...
panas sesangat....
pada hal suasana kat rumah ni..sejuk je...
bila panas kt rumah just pki singlet n short pant (xde spe nak tgk except mr.daddy) hik3
nyamuk plak banyak..
before ni takde plak..so 2,3 hari ni chenta gagahkan diri pasang ubat nyamuk...
xsuka bau asap ubt nyamuk ni..
alamak OOT plak..
siyes panas sangat malam ni..
rasa bahang..
ditambah dengan headache...yang sesekali menyerang..
dan sakit blakang yang tak surut-surut..
sangat la tak selesa....
tersangat la panas...
huwargh...
hujan la lagi mlm ni ea....
bumi ALLAH..amin


Selamat Malam

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Hye rakan² blogger...
Chenta saja nak wish all of u 'gud nite" ..^.^..
Moga dapat tidur dengan nyenyak..and hope tak terlajak tidur coz esok chenta kerja.
And act chenta baru je bape hari start berBBT. Tapi chart chenta tu sangat la tak cun sebab cik P mai 15/3 chenta start bbt 28hb mac kalau tak silap. So tuk cycle ni biarlah chenta hide dlu chart chenta tu lagi pun baru percubaan pertama dan dalam proses learning. Next cycle chenta share dengan kawan2 RH so boleh la kawan-kawan bagi penerangan or klu de yg silap boleh tegur chenta perbetulkan mana yang silap tu. Chenta cari thermometer yang bersesuaian dgn bbt kt guardian tak dpt. So last2 nak tak nak amik jugak la brand Omron yang biasa tu. Tu pun terserempak dekat 7e. Kat guardian thermometer xmenepati citarasa chenta takut cepat je rosak. Since dah start berBBT ni klakar plak thermometer sentiasa ada dalam handbag kejap2 check suhu. Aish lawak nasib takde yang tegur.
Dlu kecik2 main doctor² . Sekarang ni bukan tuk jadi doc tapi untuk mendapatkan sesuatu yang tak ternilai harganya..tak terbeli dgn wang ringgit iaitu zuriat. So dlm masa yang sama boleh la chenta tau bila masa chenta subur,bila nye chenta nk period or mungkin bila chenta pregnant! Ratuhati banyak memberi info dan pengetahuan buat chenta! Mudah2an chenta akan stick berBBT dengan jayanya.
Ok la memandangkan dah lewat pagi nanti nak mik suhu lagi..kang tak ckup tidur tak cun plak chart chenta he3 k la u ol. Chenta
Undur diri dulu. Jumpa di lain n3.
Wasalam.....
Wink!!



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Serba Tak Kena......

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Since semalam lagi chenta rasa tak selesa...2hari lepas tiba2 cik B sakit esp kat cik P...nak kata nak period dah lepas n baru lepas ovulate, then sakit dekat ari-ari rasa mencucuk perut rasa sebu macam kembung. Hari ni pulak rasa yang sama yang tak tahan sakit pinggang..duduk tak boleh, baring tak boleh..kat rumah pegang penyapu tak sampai 10mnt dah sakit belakang pulak tu cik pimples dok menjelma...tak pernah macam ni ke kesan chenta amik epo tp epo chenta dh stop masa hari subur.. Next due period 12/4. Risau sakit lain je ni.. Pelik..pelik...Ya Allah permudahkan perjalanan hari2 chenta. Amin
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Yana Samsudin & Shaheizy Sam - Beginilah Caranya [lirik].flv


aish suka tgk sam and yana ni!
tengah layan u tube eh,,
sam and yana?
skali dengar eh nak dengar lagi
memang berbakat diorng ni!
moga terus success!
sepantas kilat dowload lagu Begini Caranya
now dah jadi my BBM ringtone~
wink!



Fertile Cervical Mucus Pictures and Checking Cervical Mucus


Jom kita belajar tentang CM n EW mungkin masih ada yang belum tahu...
mana yang dh tahu tu kita jadikan sebagai info..mana tau terlupa :)
Sharing Is Caring
wink!

Tahniah Liyana Jasmay


Bagai Pinang Di Belah Dua..
Semoga Pertunangan antara dua hati ini berakhir dengan Pernikahan.
Insya'ALLAH




Sama cantik sama padan....
Pelakon dan juga Penyanyi Liyana Jasmay kini sah menjadi tunangan kepada ahli perniagaan
Fathuddin Mazlan 28 tahun yang berlangsung di rumah keluarganya di Kemensah Height, malam tadi.
Majlis pertunangan dilangsungkan pada hari yang sama LJ dilahirkan..
"happy birthday LJ"
Turut diumumkan tarikh perkahwinan mereka bakal berlangsung pada 24 Januari 2013
Alhamdulillah...
Moga berkekalan hendaknya.
AMIN.

p/s:credit to ~ OHbulan..

Pre-Loved Coach To Let Go

Coach Poppy
Bought RM499
Sell: RM250
100% Gud Condition
Reason nak let go -to much handbag sayang tak guna nti rosak plak.
Berminat just leave a comment..

Wordless Wednesday


1 day...insya'ALLAH
AMIN


MOM, DAD, I'M PREGNANT

hah sure gempak kan n3 kali ni dari chenta~
bukan chenta yang pregnant...
he3..jom luangkan skit masa utk layan vc ni...
mungkin ada sesetengah orang ckp ni kerja gile..
tapi sedikit sebanyak terjadi pada mereka yang sedang hamil...
Take it postivie!
Sharing is caring...
wink!


6 Sebab Beruntungnya Wanita Mempunyai Rahim

1.) Dia bekerja dengan Allah.....jadi 'kilang
'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah
anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang
lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib
baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia
mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh
dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi
kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali
Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh
kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-
dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat
dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan
suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah
terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa
suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk
lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam
kesusahan isteri boleh bantu tambah
lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut
selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra
ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat
didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri
yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan
dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua
wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka
denganNya. Dan semua lelaki fahami hati
naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA



Tahniah!!!!!



Salam dan Selamat Sejahtera buat semua blogger's!
Petang yang agak mendung ni...
chenta nak ucapkan tahniah buat rakan-rakan TTC yang conceive!
Akhirnya ALLAH makbulkan doa kalian...
Happ for U! mommies..
Ingat jaga diri,jaga pemakanan jagalah apa yang sepatutnya!
Vitamin2 penting jangan lupa ea...
Suka betol chenta hari ni....!
Akhirnya penantian mereka menjadi kenyataan..
kalau dulu penantian satu penyiksaan...
Kali ni penantian tu bukan lagi penyiksaan malah satu berita gembira buat mereka..
Pernantian yang membuahkan hasil..
Alhamdulillah..
Syukur...

p/s:PERCAYA KEPADA KETENTUAN ALLAH! HANYA DIA YANG TAHU APA YANG TERBAIK BUAT KITA. AMIN


Adoption OrphanCare

Kepada rakan-rakan yang bercadang untuk mengambil anak angkat...
Boleh la ke website:
Mungkin mereka boleh membantu anda..
Sekiranya kalian sudah bersedia mental dan fizikal...
boleh la mengisi borang secara online
Untuk sebarang info berkenaan dengan Orphan Care ni
kawan-kawan boleh surf di laman web berkenaan...
"EVERY CHILD NEEDs A FAMILY"
Moga usaha murni kalian dipermudahkan oleh ALLAH s.w.t
chenta masih belum bersedia untuk mengambil anak angkat
walaupun hati terlalu ingin mempunyai zuriat.
Mungkin bukan sekarang..
Insya-ALLAH mungkin 5/6tahun lagi...sekiranya masih belum dikurniakan zuriat
melalui rahim chenta sendiri..

Panduan untuk Subur

Masih ada lagi yang memerlukan info?
chenta share VC from Dr. Hamid Arshat
untuk panduan diri sendiri dan juga boleh dikongsi dengan rakan-rakan TTC..
Insya'allah moga boleh dijadikan panduan dan dimanfaatkan..
Moga ada rezeki dari NYA.
Amin

Jom tonton...





Anak Angkat....

Baru-baru ni chenta ada terima email dari seseorang..yang berada jauh dia penang..
Bertanyakan tentang anak angkat. Sekiranya chenta nak anak angkat beliau mintak chenta tanggung kos bersalin. Chenta reply dah scan? Nak deliver dkt GH or private? No reply...erm mungkin bukan rezeki kot. Lagi pun mr.daddy chenta masih berharap untuk mencuba secara natural. Usia perkahwinan masih baru..kalau 5/6thn tak dikurniakan zuriat baru fikir anak angkat. Oh anak sesungguhnya chenta teringin memiliki zuriat. Zuriat yang lahir dari rahim chenta sendiri. Berkali-kali chenta layan video yang chenta post dalam entry sebelum ni. Sayu sangat hati chenta ni. Mengalir airmata. Sedangkan mereka yang berzina @ melakukan maksiat senang lekat...ea itu balasan dari Allah s.w.t kepada mereka. Bagi kami dan rakan2 yang berTTC masih menanti kehadiran si comel....yang diharapkan..moga chenta dan rakan-rakan lain terus tabah dan terus berusaha. Moga Allah izinkan suatu ketika nanti.. آمِّينَ ..... إن شاء الله ...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Perjalanan Panjang dalam Rahim Ibu


Semasa chenta menghayati vc ni..
chenta rasa sangat terharu
sehingga menitiskan airmata
betapa besarnya kuasa ALLAH
sesungguhnya kepada mereka yang telah memiliki zuriat atau yang sedang menanti
kehadiran zuriat kalian, anda adalah wanita-wanita istimewa kerana telah dipilih untuk menjaga amanah yang diberi dan yang dinantikan oleh setiap pasangan yang sudah berkahwin seperti chenta.
Sungguh indah merasa saat kehamilan.
Chenta yang menanti keajaiban ALLAH s.w.t sendiri dapat merasakan apabila 
menonton video ni..
Cuma chenta tidak dapat merasakan saat janin menendang,saat melahirkan..
Sesungguhnya chenta berdoa moga satu ketika nanti ALLAH permudahkan impian chenta dan kawan-kawan 
yang ingin memiliki zuriat dari rahim sendiri.
Amin.
YA ALLAH hanya kepada MU ku memohon kerana hanya KAU yang menerima doa.
Kurniakan aku dan rakan-rakan ku yang lain zuriat yang soleh dan solehah. Hanya KAU yang tahu apa yang terbaik buat kami. Moga suatu hari nanti kami akan menerima dan merasai apa yang dirasai oleh ibu-ibu di luar sana saat mereka hamil ,melahirkan ,membesarkan serta memberikan didikan ke atas zuriat yang telah KAU kurniakan. Amin Ya Rabbal Alamin.
Insya'ALLAH dengan izin MU Ya ALLAH.

Selamat Tinggal Celcom Welcome U Mobile

Akhirnya cinta chenta beralih arah jua~
Selamat tgl Celcom Welcome U Mobile!
serious u memang pantas!
jangan di awal penggunaan je ea~
moga terus sukses dan bertambah laju!
chenta suka.....
suka bangat..
tq mr.ddy izinkan mrs.mummy bertukar ke U Mobile..


Moga chenta dapat memberi 100% kepercayaan kepada talian komunikasi ni...
baik di opis,rumah chenta,also rumah parents chenta n pil chenta!
and tempat2 yang bakal chenta pergi..kalau xde coverage akan ku bawa modem cel bersama sim card cel prepaid hu2...bijak2



Semalaman.....

Semalaman Chenta mengupdate blog tersayang. Sekiranya ada yang semak dipandang sudi-sudikan la tegur....mata tak leh lelap..sakit gigi on off...huwargh! Sakit tumit kaki kanan lagi..seronok tgk incek hubby tido. Maklumla pagi ni beliau kerja. Chenta? Off day hari ni..boleh la berehat even sekejap. Ada sesiapa ada petua untuk hilangkan sakit tumit kaki. Sukar + sakit bila berjalan..Bangun tidur pagi semalam sakit sampai ke hari ni. Mungkin chenta perlukan urutan. Erm..mungkin ea mungkin tidak.
Perlu jimat bln ni peru renew roadtax n insuran kereta chenta. Yes tahun kelapan sudah 30.3.2012 anda sangat berjasa pada ku ini! Erm adoi nak tidur takleh jap lagi nak siapkan bfaz buat hubby...no idea nak bt apa atleast ada secawan air pun dah ckup memadai dari keluar rumah tanpa seteguk air. Semalam dah bfaz mee hoon n agar-agar milo. Hurm ye ada balance lagi agar2 tu boleh buat bfaz pagi ni. Syukur اَلْحَمْدُلِلّهِ .
Rezeki dari Allah swt. آمِّينَ
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Percubaan...

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Gud m'ning..
Testing..testing..
1,2,3
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sakitnya Tumit Kaki Kanan...

since pagi tadi lagi...
chenta sakit tumit kaki belah kanan..
only belah kanan..nak jalan sakit sangat
rasa nak jalan jinjit kaki je..
kerja pun dalam opis pakai selipar yang soft tu..
kalau pakai kasut rasanya nak menangis...
balik kerja pun terus naik katil hp bbunyi kat luar mntk hubby tolong amikkan..
sakit sangat tumit kaki ni...
kenapa ea?
tak pernah pulak kena macam ni
risau pun ea
berpenyakit ke chenta ni?
mintak dijauhkan la..
ckup la thyroid je yang chenta ada sekarang ni...
amin

Tahniah Buat Irma Hasmi



Akhirnya Irma Hasmi sah menjadi tunangan orang!
Tahniah Irma~
u looked so gorgeous!
nice theme...
Moga cepat naik pelamin...
insya'allah
amin

Kesan Pengambilan EPO since 1st day Period..Akhirnya

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
Dan selamat sejahtera...
Serta selamat berhujung minggu...
Okies chenta nak bagi testimoni penggunaan EPO
Sepanjang 1st day period 15hb sampai la 23.3.2012
Ni kesan yang chenta nampak...
Before ni period agak pendek 3-4hari..
Kali ni 8hari occay!
Hari ke 10 (24.3.2012)
Chenta dah jumpa EW!
Before ni xjumpa langsung tau!
Happy je ni!
Bangun2 dari tido rasa basah..ops maaf ea jika bunyinya kurang menyenangkan
Tapi itulah kenyataannya, EPO telah mengembalikan EW yang dicari,
اَلْحَمْدُلِلّهِ syukur ke hadrat allah.
Moga EPO dapat membantu untuk cycle ni.
Mengharap sesuatu yang tidak boeh dibeli dengan wang ringgit..menanti kejadian Allah didalam rahim ku ini adalah penantian berharga buat kami.
Doa kan chenta ea kawan-kawan.kalau this cycle takde rezeki chenta akan teruskan EPO utk next cycle.
Chenta pun akan doakan buat kawan2.
Cubalah EPO moga Allah membantu kita semua dengan perkenankan doa kita.
آمِّينَ.

Agar-Agar Milo

♍0ŔÑΊÑG
Chenta dah berhari-hari nak makan agar-agar milo.
Akhirnya malam tadi...
Balik dari work...
Chenta terus masuk dapur..
Ops b4 masuk dapur chenta lipat baju dulu..he3
Bayangkan dah pukul 12.30mlm still kelentang kelentung kat dapur.
This was 1st time chenta buat agar2..
Moga menjadi la so boleh la hubby chenta 
Makan bfaz b4 pergi kerja.
Nak kena setting alarm,
Chenta ingat nak buat mee hoon goreng as main menu for bfaz, agar2 tu as desert.
Okies nanti chenta snap pic agar2 chenta tu ea..+ resepi skali.
Kan chenta dah ckp blog ni bkan sekadar untuk ttc malah personal blog chenta..skali
Jadi boleh la chenta share dgn kawan2 pelbagai info..baik dari ttc maupun yang lain2...
Nak rest...jap smbil tu cuci baju..
So pg nanti leh terus jemur

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 






What's there not to love about #CelcomXperiaS ? Especially when it dangles from RM1,218.



Menarik Sony Xperia S! 
4.3 screen with HD!
12 megapixel and a blasting audio system!
so kepada mereka yang berniat untuk memiliki hp baru~
grab sony xperia S now!
KLIK kat sni skang
dapatkan di Celcom berdekatan anda!
harga yang berbaloi-baloi..
chenta pengguna BB tegar!
so will stick wif my bb~
nak BB pin..comment n leave ur email..
:)
nti leh wujudkan group TTC~

Hantu Cool Blog? Anda Berada di Sekitar Subang? Jom Baca!

Anda hantu cool blog? ops iklan kejap OOT bout TTC kejap eh..
jangan marah na..


untuk maklumat lanjut jom klik 
advertise kat sebelah nun....yang de pic cool blog tuh...yang NUFFNANG tuh...
tak pun meh klik...
klik jangan tak klik!


Selamat Hari Polis ke- 205

Selamat Hari Polis buat semua anggota Polis Di Raja Malaysia!
Moga kalian terus sukses hendaknya~
Bila sebut pasal polis...
teringat chenta pada arwah adik chenta..
Arwah juga merupakan seorang anggota polis di 
Balai Polis Alor Janggus, Kedah~
rindu sangat dengan arwah..
RF169406 tetap dalam ingatan~
Btw harin juga merupakan ulang tahun ke 27 arwah adik chenta
Moga arwah dan isteri tenang disana.
dua cahaya mata kalian menanti disyurga.
walaupun kedua cahaya mata mereka tidak sempat lahir kedunia
1st baby gugur
2nd baby meninggal dalam kandungan disebabkan adik dan adik ipar terlibat dalam kemalangan
di Kedah,,
Semoga arwah angah dan miza tenang disana,
Ya allah kau ketemukan keduanya disyuga kelak sebagai pasangan suami isteri 
dan kurniakan mereka zuriat yang soleh dan solehah,
Amin..

along,mak,abah dan adik-adik rindu kan arwah angah dan miza,
sayang selalu..sikit pun xpernah along lupakan angah.
teman dikala susah dan senang..
dunia akhirat
Al-Fatihah.

Berpuasa

Amalkan Asma Ul-Husna ”Ya Musawwir!” iaitu, sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air & dibacakan “Ya Musawwir” sebanyak 21 x, kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10 x, InsyaAllah akan dikurniakan anak yang soleh.
DAN banyakkan bersedekah dengan ikhlas kerana sedekah dapat memurahkan rezeki… Dianugerahkan zuriat juga rezeki namanya…InsyaAllah…kerna ada kisah tentangnya:
Dalam musnad Abu Hanifah Jabir meriwayatkan:-Bahawa suatu ketika ada seorang lelaki yang datang kepada Nabi saw dan berkata:“Wahai Rasulullah, aku belum dikurniakan seorang anak sama sekali dan sampai saat ini aku belum mempunyai anak.”Rasulullah saw bersabda: “Jika kamu memperbanyakkan istighfar dan bersedekah, kamu akan diberi rezeki disebabkan oleh kedua-duanya.”Lelaki itu pun memperbanyakkan bersedekah dan istighfar.Jabir berkata: “Akhirnya orang itu mempunyai sembilan orang anak lelaki.”



erm ok jugakkan berpuasa...selama 7hari...berikhtiar mengikut kemampuan, sambil tu boleh puasa ganti kan..
tak rugi ni..insya'allah chenta akan amalkan...mudah-mudahan. Moga 1 hari nanti chenta dikurniakan zuriat yang soleh dah solehah. Ya ALLAH ku percaya akan ketentuanMU, ku jua redha dengan apa yang kau berikan pada ku, hanya KAU yang tahu apa yang terbaik buat ku dan suami. Sesungguhnya aku bersyukur dengan apa yang KAU berikan kepada kami. Moga 1 hari nanti KAU perkenankan doa kami. Amin

Herba Maharani

Herba Maharani..dan kesuburan wanita memang tidak dinafikan.
chenta just sempat makan 1st cycle je..
Alhamdulillah tubuh chenta serasi dengan herba maharani ni..
memandandkan bulan ni nak cuba EPO jadi chenta stop dulu herba maharani ni tuk cycle kali ni
kalau ikutkan kena makan 3cycle berturut-turut if still tak conceive...
k chenta share apa tu herba maharani

  • Dikenali sebagai Te Zhi Bai Feng Wan.
  • Ianya adalah keluaran Beijing Tong Ren Tang yg merupakan tanda perniagaan yg bersejarah melebihi 300 tahun di China.
  • Tong Ren Tang Te Zhi Bai Feng Wan adalah diperakui sebagai ‘Produk Terkenal di China’ pada tahun 1994.
  • Juga diiktiraf sebagai ‘Spesis Ubat Herba Yang Terpelihara’ pada tahun 1998.
  • Pengiktirafan HALAL oleh Pertubuhan IFANCA (China Islamic Association – badan Islam luar negara yg diiktiraf oleh JAKIM)
  • Diluluskan oleh Jabatan Kawalan Dadah Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia (MAL20014419T)
  • Menggabungkan 16 jenis ramuan herba terpilih dan bernilai dgn pati ayam hitam sbg ramuan utamanya.

Antara fungsi fungsinya
  • melancarkan peredaran darah
  • menyelesaikan masalah wanita (keputihan, senggugut, peredaran haid)
  • melegakan masalah sakit pinggang, sakit belakang, sendi, lutut, migrain, angin dlm badan, lenguh2, kebas & urat saraf
  • menegang dan memberi keanjalan pd kulit (payudara, ovari, pinggul)
  • ubat gantian utk jamu, ubat periuk semasa berpantang, menyuburkan badan selepas bersalin, mengecutkan rahim dgn cepat
  • Untuk golongan wanita yg hampir menapous, ia menguatkan tulang & daya tahan penyakit
  • Mengeratkan hubungan suami isteri
Pil Maharani merupakan pil kesuburan bagi wanita, sesuai diambil untuk wanita yang inginkan cahaya mata atau wanita yang akan mendirikan rumahtangga sebagai persedian kesuburan awal. Pil Maharani ini juga boleh diambil untuk wanita yang sedang berpantang selepas bersalin.



Hasrat Ingin Mengandung

Ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan oleh wanita yang ingin hamil (seperi chenta) iaitu;

A. Amalan pemakanan yang baik
B.Pemeriksaan kesihatan dan perubatan
C. Kaunseling genetik (baka)

Sesuatu perkara yang perlu diingati bahawa kehidupan janin dalam kandungan bermula dari saat persenyawaan iaitu ketika benih suami dan telur isteri bersatu. saat ini sangat penting dalam menentukan kesihatan dan kesejahteraan hidup anak sepanjang hayatnya. jadi ibu bapa sangat bertangunggjawab terhadap kehidupan anaknya sesama dalam kandungan dan selepas kelahiran.

Bagi wanita yang ingin hamil macam chenta maka ia harus melihat waktu yang baik untuk hamil. Kerana pengeluaran benih suami dan isteri amat berbeza. Isteri hanya akan mengeluarkan benih suami dan isteri amat berbeza. Isteri hanya akan mengeluarkan telur sekali dalam satu pusingan haid dan ia dapat bertahan selama 12jam. sedangkan benih suami boleh dikeluarkan bila-bila masa sahaja dan jangka hayatnya lebih lama iaitu dalam lingkungan 48jam. Jika wanita ingin hamil masa yang palik baik untuk benih disenyawakan ialah sebelum masa teur isteri dikeuarkan. sejak lima hari sebelum waktu subur,adalah dsarankan supaya suami isteri melakukan persetubuhan dua hari sekali. Dengan demikian benih suami dianggarkan mencukupi untuk mensenyawakan telur isteri yang menunggu di salur fallopian.

Jadi kenali la waktu subur anda...refer post sebelum ini untuk ketahui bila waktu subur wanita.


Merancang Kehamilan

Merancang kehamilan sangat mustahak, bukan sahaja sekadar kesanggupan suami isteri menerima bebanan datangnya seorang anggota baru dalam keluarga. Tetapi ia memberi kesan secara langsung terhadap ibu yang sedang hamil tersebut. Ibu yang sedang hamil akan mengalami berbagai perubahan fizikal dan emosi. Perubahan tersebut akan mempengaruhi tahap kesihatannya dan kesihatan janin yang ada dalam kandungannya.

Bagi wanita yang pertama  kali mengandung, ia harus betul-betul mempersiapkan dirinya baik fizikal mahupun mental. Kerana di dalam  proses kehamilan tersebut  berbagai-bagai perubahan terjadi dalam dirinya. kemudian bagi wanita yang melahirkan anak setiap tahun, harus mempertimbangkan tentang kemampuan dirinya untuk menanggung beban tersebut. Walaupun dilihat bahawa wanita yang melahirkan anak setiap tahun itu nampaknya sihat,secara biologinya,tubuhnya tidak dapat menerima lagi kehamilan yang berterusan itu.

TIPS MENDAPATKAN CAHAYA MATA: WAKTU SESUAI MELAKUKAN HUBUNGAN SEKS




Sewaktu wanita berada di peringkat subur dan melakukan hubungan seks, maka sperma akan memasuki faraj atau vagina pada masa yang tepat, sperma ini akan dilindungi daripada persekitaran faraj yang berasid. Hal ini dapat memelihara sperma daripada lendiran mukus semula jadi. Biasanya, jutaan sperma akan cuba memasuki faraj tetapi beberapa ribu sahaja berjaya melalui pangkal rahim dan seterusnya menuju ke rahim atau uterus.
Daripada ribuan sperma itu, hanya ratusan yang berjaya memasuki salur falopio untuk bertemu dengan pasangannya, iaitu ovum yang sudah bersiap sedia menunggunya di bahagian ampula. Antara faktor yang mempengaruhi sama ada sperma itu berjaya sampai kepada ovum termasuklah kebolehannya untuk berenang dan pergerakan rerambut halus (silia) yang terdapat pada salur falopio. Pergerakan silia ini akan membantu sperma untuk sampai kepada ovum.
Kuantiti sperma yang diejakulasi ke dalam faraj. Secara purata, sebanyak tiga milimeter air mani yang akan diejakulasi ke dalam faraj. Terdapat 60 juta sperma dalam satu milimeter air mani. Dengan kata lain, hampir 200 juta sperma akan memasuki faraj semasa proses ejakulasi berlaku. Tetapi hanya satu sperma yang diperlukan untuk proses persenyawaan. Sekiranya, bilangan sperma di bawah aras 20 juta per milimeter, maka peluang untuk hamil adalah rendah.
Waktu sesuai untuk melakukan hubungan seks.
Sperma dapat hidup dalam mukus (lendir) pangkal rahim antara 48 hingga 72 jam. Justeru itu, hubungan seks hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya pada selang sehari semasa waktu subur. Hal ini kerana ovum hanya boleh disenyawakan dalam masa 12 hingga 24 jam setelah dikeluarkan, maka amatlah penting untuk sperma berada di luar ampula untuk menunggu masa bersenyawa dengan ovum. Dengan kata lain, waktu yang amat sesuai untuk melakukan hubungan seks adalah sebelum proses pengeluaran ovum atau pengovulan. Bagi wanita yang mempunyai kitar haid selama 28 hari, masa yang sesuai adalah bermula pada hari ke-11 hingga hari ke-16. Jika hubungan seks berlaku setelah proses pengovulan, peluang untuk hamil adalah rendah.
Hubungan seks yang kerap dan pada waktu yang tepat tidak mencukupi.
Hubungan seks amatlah penting dilakukan pada waktu subur. Waktu subur dapat dikira dari jarak masa kitar haid yang sebelumnya, melalui carta suhu, atau melihat perubahan kelikatan mukus (lendir) pangkal rahim. Sperma perlu berada di dalam salur falopio pada waktu subur kerana ovum hanya dapat bersenyawa untuk beberapa jam, iaitu 48 hingga 72 jam. Dengan mengadakan hubungan seks sekurang-kurangnya pada hari ke-11 dari kitaran haid bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang normal, maka peluang persenyawaan berlaku adalah tinggi. Pada hari-hari berikutnya, kekerapan hubungan seks boleh dilakukan mengikut kehendak pasangan masing-masing. Menahan diri daripada melakukan hubungan seks sebelum waktu subur bagi tujuan menambahkan bilangan sperma dan meningkatkan kesuburan hanyalah suatu mitos. Bilangan sperma akan meningkat tanpa melakukan hubungan seks selama dua hingga tiga hari, tetapi ramai lelaki yang subur boleh menghasilkan jumlah sperma yang mencukupi melalui hubungan seks dengan lebih kerap. Terdapat dua sebab pasangan suami isteri tidak melakukan hubungan seks dalam jangka masa yang lama. Pertama, risiko terlepas waktu pengovulan dan kedua, sperma akan menjadi kurang aktif. Oleh itu, penting untuk mengagak masa pengovulan berlaku supaya hubungan seks dapat dilakukan dua hingga tiga hari sebelumnya. Turut diberikan perhatian ialah kehadiran sperma yang subur dan bersedia untuk bersenyawa sebaik sahaja ovum dikeluarkan.
Wanita tidak perlu baring selepas hubungan seks dilakukan. Persenyawaan terjadi apabila sperma sampai ke salur falopio dan bersenyawa dengan ovum. Kehamilan berlaku daripada hubungan seks dalam pelbagai posisi. Pergerakan sperma tidak bergantung pada posisi tertentu yang harus dikekalkan oleh wanita. Oleh itu, wanita tidak perlu untuk berbaring di atas katil atau berehat seketika setelah melakukan hubungan seks. Menurut petua orang tua, dengan meletakkan bantal di bawah punggung atau menaikkan kaki selepas selesai melakukan hubungan boleh membantu dalam proses persenyawaan adalah kurang tepat.


Pucuk Daun Durian Belanda


Hah,,,nape dengan pucuk daun durian belanda ea
ok la ni petua dari mak chenta..
mak chenta suruh chenta makan
pucuk daun durian belanda 
makan 7hari berturut-turut
masa mak suruh makan tu chenta tanya mak
mak kenapa kena makan pucuk dia
nape tak makan buah dia
mak jawab makan je la kalau orang dah suruh tu..
hu3 tanpa banyak tanya mintakla incek suami carikan pucuk durian belanda tu,,
makan la 2hari...pastu stop..
rasa dia ok..sesedap je rasanya..
nama pun pucuk kalau daun yang tua tu confirm pahitkan...
hik3
lama kelamaan baru tau kebaikan pucuk durian belanda tu
rupanya elok untuk mereka yang ingin hamil...
mak segan la tu nak cakap dia nak cucu..he3
insya'allah mak,,,nti satu ketika ada rezeki untuk mak dan abah jadi atuk n nenek..
mak dan abah doakan buat kami ea...
amin...


Amalan Untuk Mendapatkan Zuriat

Lama chenta tak berceloteh kan..
hari mud nak mengupdate serta share info2 yang chenta dpt dengan kawan-kawan TTC 
sedang membuak2..
ok hari ni nak share "Amalan Mendapatkan Zuriat"
Insya'allah jika diizinkan ALLAH s.w.t
ok kita mulakan dengan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ 

Amalan mendapatkan zuriat
  1. Tiga bulan amalkan meminum air suam bercampur madu asli(warna hitam)setiap awal pagi - utk sisuami
  2. Buat senaman batin tiap2 x bgn tido waktu pagi-utk lelaki
  3. Amalkan bersedekah setiap hari jumaat, bila ke masjid.. insyallaah.. jika diamalkan berhasil
  4. Doa Nabi Zakaria
  5. surah AlWaqiah selepas subuh
  6. lepas maghrib amalkan AlMulk (kekuasaan Allah).
  7. Banyak bersedekah kepada bayi2 yang baru lahir.
Diet Pemakanan
  1. Badam (almond) 5 Biji tiap hari
  2. Buah Delima
  3. Buah Zaitun
  4. Buah Kurma
  5. Jauhkan /pantang makan benda2 masam, nanas, minuman bergas pendek kata benda yang berasid, jangan makan seafood, boleh ambil spirulina everyday, makan sayur & buahan. Suami perlu banyak makan berasid macam daging, ayam etc.
  6. Jangan minum air kelapa
CARA SENAMAN BATIN
  1. Duduk bersila badan tegak
  2. Selepas itu luruskan kaki kanan kedepan
  3. Tangan kanan pegang ibu jari kaki kanan,tangan kiri pula pegang lutut kiri..tarik nafas dalam2(slow)
  4. Setelah nafas penuh didada..bawa tgn kiri tadi kesebelah kanan hingga menyentuh lantai sebelah kanan (jgn lepaskan nafas,tahan selama 7 saat) atau ikut kemampuan.
  5. Ulangi perkara diatas dgn kaki kiri plak
  6. Buat 3x /7x setiap kali lepas sembahyang subuh..jika betul caranya...peluh akan keluar walaupun baru buat 3x..(3x kiri..3x kanan)
Masa Berjimak

Sabda Rasullah s. a. w. "Wahai Ali! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril a. s" 

1. Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang bengis. 

2. Jangan berjimak antara azan dan iqmah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah. 

3. Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua berwuduk. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan. 

4. Jangan berjimak pada pertengahan nifsu syaban. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mempunyai tanda pada yang jelek pada muka dan rambutnya. 

5. Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2 hari). Jika dikurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka meminta - minta. 

6. Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar) Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim, pada tanganya membuat kebinasaan kepada banyak manusia. 

7. Jangan berjimak dengan isterimu di atas loteng. Jika Allah mengurniakan anak, nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas. 

8. Jangan berjimak dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar bermusafir. Jika Allah mengurniakan anak ia akan membelanjakan harta pada jalan yang tidak haq. 

9. Jangan berjimak dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi pembantu kepada setiap orang yang zalim. 

10. Jangan berjimak dengan isterimu pada awal malam (sebelum isyak) Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang ahli sihir, sunglap dan menghendaki dunia daripada akhirat. 

Cara berjimak yang dituntut. 

1. Berjimak pada malam Isnin. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab Allah dan redha terhadap segala pembahagian allah s. w. t 

2. Pada malam Selasa. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan azabkanya (turun bala ) kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba. 

3. Pada malam Khamis. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yg bijaksana dikalangan yg bijaksana atau org alim dikalangan orang alim. 

4. Sewaktu matahari ditengah langit. Jika Allah mengurniakan anak yang tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s. w. t rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia. 

5. Pada malam Jumaat .Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah. 

6. Hari Jumaat selepas asar. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim. 

7. Malam Jummat selepas Isyak yang akhir. Jika Allah mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka. 

8. Bacalah doa berlindung dari syaitan. Jika Allah kurniakan anak tidak dimudaratkan oleh syaitan terhadapnya selama-lamanya .





Letih

sejak dua menjak badan rasa letih sangat...
Rasanya perlu berurut ni...
Yes! Berurut....
Tapi tak nak urut 1 badan...
Nak urut bahagian peranakan..
Mana tau kali ni lekat..
Sebelum ni pernah juga berurut 
Tapo belum rezeki lagi..
So kena la usaha lagi..
Minggu depan la nak pergi berurut..minggu ni 
Chenta n husb bz dengan kerja.
Chenta dah xlatar nak kerja..
Rasa nak resign..
Worth it ke?
He3 nak pulak..
Keje selagi ada hayat..
Insya'allah

Order Form for UPT,OPK,Avail's Product~

Name:
Telefon Number:
Email Address:
Address:
Quantity & Items
Payment Mode CIMB
RHB
Cash Deposit
Online Transfer
When can u settle the payment? : Within 24 Hours After Confirmation
Within 48 Hours After confirmation
I have read,understood and agreed to the terms & Conditions

Item(s) will be post via Pos Laju only in MALAYSIA. 

Sila pastikan emel anda betul sebelum submit order!

Sila cek emel @ spam box @ junk mail dalam tempoh 24 jam untuk mendapat respon.


Click here to put a form like this on your site.

Rezeki Ramadhan Alhamdulillah

Alhamdulillah

Daisypath Anniversary tickers

Our Precious Gift From Allah swt

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

My Blog B'day

Daisypath Happy Birthday tickers
Copyrights 2012 | © Mrs. Chenta TTC Journey | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™