Berikut ada beberapa tips yang mungkin boleh serba sedikit membantu anda untuk mudah hamil. Sebenarnya tips mudah hamil diberi di bawah adalah asas, sebelum anda membuat keputusan untuk berjumpa pakar.
Bila bercakap mengenai cara mudah untuk hamil, ada juga pasangan yang inginkan tips cara cepat hamil dalam bentuk yang lebih khusus iaitu, bila waktu terbaik untuk melakukan hubungan seks, kekerapan dilakukan, posisi dan cara serta kaedah terbaik semasa melakukan hubungan seks untuk meningkatkan kemungkinan hamil.
Beberapa Tips mudah Hamil
1. Waktu Terbaik melakukan Hubungan Seksual:-
Sangat penting untuk pasangan yang ingin mudah hamil mengetahui mengenai masa sesuai untuk melakukan hubungan seks ataupun biasanya difahami sebagai waktu wanita subur (masa ovulasi atau pengeluaran telur). Untuk mudah hamil, dapatkan ovulation kit di farmasi2 berdekatan. Ovulation kit dapat membantu mudah hamil dengan membantu anda menentukan bilakah masa subur anda. Ini kerana telur matang hanya hidup 24 jam manakala sperma boleh hidup 48 hingga 72 jam di dalam tubuh wanita. Maka, untuk mudah hamil hubungan seks perlu dilakukan sebelum waktu ovulasi yang merupakan lebih baik berbanding selepas ovulasi.
2. Kekerapan Melakukan Hubungan Seksual:-
Kekerapan adalah bergantung kepada setiap pasangan itu sendiri. Sebenarnya untuk mudah hamil, tiada angka atau fakta tepat yang dapat memastikan berapa kekerapan hubungan seks perlu dilakukan untuk mudah hamil. Ada wanita yang hamil hanya dengan satu kali sahaja tetapi ada juga memerlukan waktu yang lebih lama. Apapun yang paling penting untuk mudah hamil adalah kekerapan melakukan hubungan sewaktu ” waktu subur”. Sebab, jika anda melakukan hubungan banyak kali pun, tetapi bukan pada masa anda (isteri) subur, potensi untuk mengandung tetap tipis atau boleh jadi langsung tidak ada.
3. Nikmati Proses Hubungan Seksual Anda:-
Daripada penelitian pakar menunjukkan bahawa ketika seorang wantia mencapai orgasme – klimaks semasa hubungan kelamin – akan membentuk suasana alkaline pada vagina yang mana sperma suka keadaan ini, berbanding keadaan normal vagina. Jika anda mencapai orgasme pada saat yang bersamaan atau sesaat sesudah pasangan anda ejakulasi maka kesempatan sperma untuk selamat sampai di servik – rahim – lebih tinggi.
4. Posisi Hubungan Seksual:-
Posisi seks yang dicadangkan berikut ini mungkin dapat meningkatkan kemungkinan terjadinya kehamilan. Posisi suami di atas adalah yang terbaik untuk anda hamil. Letakkan sebuah bantal kecil dibahagian pinggul anda, sehingga pinggul anda beristirahat untuk menampung sejumlah sperma selama 15 minit atau lebih selepas anda berdua mencapai klimaks bersama sama.
Keadaan ini akan memudahkan sperma berenang ke dalam rahim. Jangan menggunakan bantal yang besar dan terlalu tinggi, kerana ia akan menyebabkan sperma terkumpul dibelakang rahim sahaja dan ini akan menyukarkannya untuk berenang dan bergabung degnan sel telur, yang akhirnya menjadikan usaha anda sia-sia saja.
Manakala posisi seksual yang perlu dielakkan bila anda ingin hamil adalah posisi wanita di atas, duduk atau berdiri, yang akan menyebabkan sebahagian dari sperma keluar dan hanya tersisa sedikit sperma yang mencuba berenang ke arah sel telur. Hukum graviti.
5. Jangan Banyak Bergerak Setelah Melakukan Hubungan Seks:-
Tidak ada bukti yang menunjukkan bahwa jika anda tidak bergerak gerak selepas hubungan akan meningkatkan potensi untuk hamil. Karena sebenarnya sperma sudah berada di dalam servik – rahim – sesaat setelah ejakulasi. Namun adalah digalakkan agar anda memberi masa untuk sperma berenang ke servik seperti yang diterangkan sebelumnya. Anda juga diingatkan agar tidak membersihkan vagina anda dengan cairan pembersih vagina setelah melakukan hubungan seksual kerana cairan pembersih vagina adalah bersifat toksic untuk sperma.
6. Buat Para Suami:-
Para suami sebaiknya menghindari memakai seluar dalam yang terlalu ketat atau mandi air panas, ini kerana ia akan menurunkan kemungkinan kehamilan kerana proses penekanan atau panas kawasan testis (pembentuk sperma). Ini berkait dengan tabiat atau amalan kebiasaan.
7. Relaks:-
Setiap pasangan suami isteri perlu sentiasa tenang dan tabah dalam menghadapi apa jua stress @ tekanan. Ini kerana stress atau tekanan terhadap sesuatu masalah ini mampu menurunkan keupayaan untuk hamil.
8. Jaga Kesihatan Anda:-
Menjaga kesihatan adalah asas yang paling penting. Pastikan tubuh anda cukup nutrisi. Perlu diingatkan bahawa wanita yang sihat akan lebih mudah hamil daripada yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau kurang.
Tips di atas diharapkan dapat membantu anda untuk meningkatkan kemungkinan untuk hamil. Anda perlu tahu, hanya 30% sahaja dari jumlah sperma yang bertemu dengan telur di dalam rahim akan berhasil untuk melakukan kehamilan manakala 70% lagi gagal walaupun anda telah melakukannya dengan betul. Jadi anda harus menunggu dan mencuba lagi.
Jodoh, rezeki dan anak adalah ketentuan dan anugerah Allah, bagaimanapun anda harus berusaha sebaik mungkin untuk meraihnya.Yang paling penting, sikap keterbukaan antara suami dan isteri untuk sama sama berfikir, berbincang dan berusaha untuk mendapatkan anak.
p/s: semoga dapat dijadikan sedikit info buat rakan-rakan dan juga chenta sendiri.








No comments:
Post a Comment