Asalamualaikum dan salam sejahtera,
Chenta nak ucapkan terima kasih kepada
New follower's chenta.
Hargai sesangat coz sudi mengikuti blog chenta.
Blog yang mengisahkan seorang wanita
Yang merupakan seorang isteri yang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat yang dikasihi
Pelbagai usaha sedang dilakukan.
Pelbagai supplement sedang di ambil...
Betapa besar pengorbanan seorang wanita yang ingin
Mendapatkan zuriat
Buat suami dan keluarga tercinta
Di awal perkahwinan ingatkan mudah untuk mendapatkan zuriat..tidak semua wanita bernasib baik.
Tidak semua wanita dapat merasai apa itu bunting pelamin.
Semua yang berlaku adalah ketentuan Allah s.w.t..
Hanya DIA yang tau apa yang terbaik buat kita semua.
Percaya pada ketentuan Allah, percaya pada akan rezeki Allah. Jangan sesekali mudah berputus asa, mari kita sama-sama berTTC berusaha dengan mengikut kemampuan kita. tak kiralah secara natural atau dengan bantuan pakar dan ubat-ubatan.
Jangan lupa mohon doa dari NYA. moga dia menerima doa dari kita semua.
Buat rakan-rakan yang seangkatan yang sedang berTTC jangan sesekali mudah merasa rendah diri, tetapkan dalam minda kalian ion positif..moga 1hari nanti positif yang diimpikan tercapai.
Chenta bukan sesiapa di dalam dunia TTC ni, chenta masih belajar dan masih mencari dimana ,apakah, kaeedah,supplement yang sesuai buat chenta...
Buang perkataan Stress dari kehidupan anda...
Kerana stress boleh mengganggu kitaran dan hormon kita.
sama-samalah kita berusaha tanpa rasa jemu.
Kerana ALLAH senantiasa bersama dengan kita. jangan sesekali kita lupa akan kebesaran-NYA.
"Usaha tangga kejayaan"
Amin







2 comments:
Salam blogger...
blog cara nak dapat baby...sweet..
congrats sbb jadi blog pilihan Ben Ashaari
walaikumusalam,
tanks dear for visited
alhamdulilah tak sangka boleh tersenarai dalam 10 blog baru pilihan.
Post a Comment