Amalkan Asma Ul-Husna ”Ya Musawwir!” iaitu, sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air & dibacakan “Ya Musawwir” sebanyak 21 x, kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10 x, InsyaAllah akan dikurniakan anak yang soleh.
DAN banyakkan bersedekah dengan ikhlas kerana sedekah dapat memurahkan rezeki… Dianugerahkan zuriat juga rezeki namanya…InsyaAllah…kerna ada kisah tentangnya:
Dalam musnad Abu Hanifah Jabir meriwayatkan:-Bahawa suatu ketika ada seorang lelaki yang datang kepada Nabi saw dan berkata:“Wahai Rasulullah, aku belum dikurniakan seorang anak sama sekali dan sampai saat ini aku belum mempunyai anak.”Rasulullah saw bersabda: “Jika kamu memperbanyakkan istighfar dan bersedekah, kamu akan diberi rezeki disebabkan oleh kedua-duanya.”Lelaki itu pun memperbanyakkan bersedekah dan istighfar.Jabir berkata: “Akhirnya orang itu mempunyai sembilan orang anak lelaki.”
erm ok jugakkan berpuasa...selama 7hari...berikhtiar mengikut kemampuan, sambil tu boleh puasa ganti kan..
tak rugi ni..insya'allah chenta akan amalkan...mudah-mudahan. Moga 1 hari nanti chenta dikurniakan zuriat yang soleh dah solehah. Ya ALLAH ku percaya akan ketentuanMU, ku jua redha dengan apa yang kau berikan pada ku, hanya KAU yang tahu apa yang terbaik buat ku dan suami. Sesungguhnya aku bersyukur dengan apa yang KAU berikan kepada kami. Moga 1 hari nanti KAU perkenankan doa kami. Amin







No comments:
Post a Comment