Rindukan Mereka Al-Fatihah

Salam dan selamat sejahtera,
Pagi ni rindu pada arwah adik dan adik ipar...
moga adik-adik along tenang disana..insya'allah anak-anak kalian menanti di pintu syurga..
setelah 6 bulan usia perkahwinan mereka...
mereka didatangkan khabar gembira adik ipar chenta pregnant...
tapi kandungan tidak bertahan,,ealah pada ketika itu mereka jauh nun di kota setar ...
hidup berdua tanpa keluarga terdekat...
adik ipar masa tu asyik nak minum kelapa muda...akhirnya kandungan gugur..
beberapa bulan before wed along,,angah pernah cakap pada mak..
kalau boleh angah nak ada baby dulu sebelum kaklong..
angah, kalau angah tau sampai saat ini along tak pernah rasa nikmat mengandung...
dan beberapa bulan sebelum majlis along arwah adik ipar disahkan mengandung..
betapa gembiranya kami mendengar berita kehamilan adik..
along suka sangat...masa wedding along arwah adik ipar pregnant 3bulan...
tapi sayang ALLAH lebih sayangkan kalian sekeluarga...
25/11/2010 perginya mereka menghadap Ilahi,,
betapa hancur hati kami sekeluarga...
along igt lagi angah ckp...saya ada banyak benda nak pesan kat awak...
tapi bila along tanya nantilah tunggu saya balik sy citer...
patutla masa wedding along angah lain sgt2...angah mcm tau angah nak pergi..
angah along rindu kat angah dan miza...
untungnya angah 2 zuriat kalian bakal menanti di pintu syurga...
along smpi saat ni tak dapat bagi mak dan abah cucu...
sedangkan mereka sememangnya berharap..
kalau la angah ada saat ni mesti mak abah gembira dengan cucu skang ni..
maafkan along mak..abah..along belum dapat lagi bagi mak abah cucu..
doakan la buat along..insya'allah jika diizinkan ALLAH rezeki tu pasti datang...
untuk mr.ddy maafkan mmy masih belum boleh bagi ddy zuriat..mmy tau ddy sedih...
maafkan mmy ddy.....bukan pinta mmy semua ni,,,
insya'ALLAH rezeki kita pasti ada mungkin bukan sekarang 
ALLAH maha mengetahui segalanya yang terbaik buat kita...

Angah n miza along rindu kalian..


Al-Fatihah Buat Adik-adik tersayang.moga kalian tenang disana...
Ya ALLAH ampunilah dosa keduanya KAU ketemukan mereka di syurga sana sebagai suami dan isteri..
 dan ketemukanlah mereka dengan zuriat-zuriat mereka Ya ALLAH..
Amin




20 comments:

Unknown said...

ish..sedih laa..baca entry ni...moga roh mereka berdua aman disana..al-fatihah untuk mereka berdua.

Mummy Chenta said...

mama mia, memang sedih..kalau nak diikutkan banyak chenta nak tulis tapi tak tertahan...satu lagi ayat arwah sebelum dia pergi, masa tu dia baru nak booking kereta baru so kereta dia yang sedia ada nak hantar balik jb ayat dia"mak kalau mak ngan abah takleh amik takpe nanti angah ngan miza bawak sorang 1 kereta balik jb. (sedangkan dia xpernah bg wife dia drive even 5mnt sepanjang blik alor setar-jb-alor setar) malam tu dapat tau dia accicent..mak dah agak teruk sebab arwah tak tep..orang balai tempat di kerja btau kul 10.30pm accident balik bungkus makan. 11pm dapat tau dua-dua dah takde..arwah tak sempat makan,makanan berterabur atas jalan. Esoknya dua van jenazah sampai mcm arwah ckp kalau mak abah tak boleh amik angah ngan miza bali sorang sebuah kereta,sampai masa allah nak amik dia akan ambil juga...orang yang langgar tu alhamdulillah selamat.kereta dua2 total lost.

Unknown said...

bertuahnya mereka... semoga roh mereka dicucuri rahmat amin...

Mummy Chenta said...

amin..btul tu sue mereka antara insan yang terpilih..pergi saat umur baru 25tahun...

Suwaibah YS said...

Al-Fatihah...sehidup semati mereka..
moga roh mereka ditempatkan di kalangan mukmin...Ammiiinnnn

Mummy Chenta said...

amn..insya-allah

Wanz said...

sedihnya dgn entry nie...terbayangkan kalau saya di tempat arwah....al-fatihah

Mummy Chenta said...

mama nisae, tu la chenta rindu sgt kat adik2 setiap kali dia dan isteri nak blik jb kami tunggu2 skang ni dia memang berada kat jb buat selamanya. dalam diary adik chenta ada tertulis hanya mati yang boleh memisahkan mereka berdua dan dia nak sehidup semati alhamdulillah ALLAH perkenankan permintaanya. kalau salah sorang hidup chenta tak tau apa yang berlaku. adik chenta tak luka apa pun cuma abdomen dalaman dia banyak crash adik ipar plak doc ckp ada peluang untuk hidup tapi orang yang tlg tu tak tau nak angkat arwah dgn betul jadi salah satu tulang tertusuk salah satu abdomen dia. kalau hidup menderita baik mereka pergi menghadap ilahi.

Sheila Radzi said...

innalillah..semoga roh mereka diberkati Ilahi..

Mummy Chenta said...

insya'allah..amin...

Sizuka said...

Ya Allah sedihnye bace kisah ni. Semoga roh mereka dicucuri rahmatNya. Alfatihah..

Mummy Chenta said...

amin...mudah-mudahan sis

mahujadiibu said...

sedihnya baca cerita kamu ni..saya doakan mereka berdua dan baby dirahmati ALLAH hendaknya dah bertemu di dlam syurga amin..

Mummy Chenta said...

insya'allah amin...

Unknown said...

25 wah muda tue... dah tue dapat tinggal sama2 plak kat sana.. bertuahnya... time tue bini dia preggy ek? bby camna?

Mummy Chenta said...

yup bersama..kebumi pun satu liang...baby pun pergi sama dengan arwah adik2. masa tu adik ipar preggy 3bln nak masuk 4bln la..

Feed by Ummi Najla said...

Saya menangis chenta baca entry ni. Sedih. Wordless :"(
Al-fatihah untuk mereka bertiga.

Mummy Chenta said...

Ma ummi, chenta setiap kali baca entry ni menangis sambil cium gmbr arwah. Rindu chenta pd arwah xterkata, kami sering berkongsi suka duka...masalah bersama, kami saling bantu membantu..pengorbanan arwah buat chenta terlalu besar..chenta xmungkin lupakan arwah sehingga akhir hayat chenta. Memang patut ALLAH jemput arwah awal dia anak,adik,suami,kawan yang terbaik.

fardhila fawwazy blogspot said...

menangis baca entry ni..lagu pun sedih..:( beruntung diorg..insyaAllah anak dia akan menunggu di pintu syurga..amin..semoga akak pun cpt2 dpt anak..insyaAllah...

Mummy Chenta said...

kaisara: insya'allah amin..mudah2an allah permudahkan buat arwah adik2 chenta amin

Order Form for UPT,OPK,Avail's Product~

Name:
Telefon Number:
Email Address:
Address:
Quantity & Items
Payment Mode CIMB
RHB
Cash Deposit
Online Transfer
When can u settle the payment? : Within 24 Hours After Confirmation
Within 48 Hours After confirmation
I have read,understood and agreed to the terms & Conditions

Item(s) will be post via Pos Laju only in MALAYSIA. 

Sila pastikan emel anda betul sebelum submit order!

Sila cek emel @ spam box @ junk mail dalam tempoh 24 jam untuk mendapat respon.


Click here to put a form like this on your site.

Rezeki Ramadhan Alhamdulillah

Alhamdulillah

Daisypath Anniversary tickers

Our Precious Gift From Allah swt

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

My Blog B'day

Daisypath Happy Birthday tickers
Copyrights 2012 | © Mrs. Chenta TTC Journey | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™