السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Selamat Pagi buat semua blogger's dan TTC'ian semua..Moga pagi isnin ni membawa berita gembira. Saban hari chenta masih trus mencari info tentang TTC. Sudah berpuluh blog yang seangkatan dengan chenta telah chenta terjah dan follow's.... Ye kami tidak kenal apa erti putus asa...malah setiap cycle kami terus berusaha demi mencapai impian yang diimpikan. Sedih tu memang tak boleh lari jauh dengan diri seseorang wanita. Sedih hanya di hari pertama datang period hari ke 2 dah merancang strategi berikutnya itu yg biasa berlaku pada kami yg berTTC ni. Lupakan apa yg orang lain kata biarla mereka berburuk sangka dengan kami yg berTTC beruntung mereka tidak menjadi salah seorang dari kami, malah kami lebih rasa beruntung diberi ujian dan dugaan seperti ini oleh NYA. Kami makin dekat dengan pencipta kami...setiap hari kami mendekati NYA memohon dikurniakan apa yg dihajati oleh kami. Tidak kira cepat atau lambat DIA telah janjikan yang terbaik buat hambanya. Jangan sesekali kita putus asa ea kawan-kawan. Mungkin ada hikmah buat kita,selalula bersangka baik pada NYA moga kita diberi ganjaran yang tidak ternilai harganya.....tidak kita mampu untuk memilikinya dengan wang ringgit.....sentiasa la berdoa dan berusaha....selebihnya kita berserah padaNYA. Insya'allah pasti ia akan jadi milik kita, biar pun cepat mau pun lambat. Insya'allah.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone






No comments:
Post a Comment