Selamat Tahun Baru..


Salam Maal Hijrah buat semua rakan-rakan blogger's~
Moga tahun baru kali ni memberi lebih byk keberkatan untuk kita semua. 
Kepada rakan2 ttc sekalian moga tahun baru ni membawa nikmat berita gembira buat kita semua.
Kepada yang menanti ahli baru...semoga semuanya dipermudahkan ALLAH s.w.t
moga kalian mendapat zuriat yang soleh dan solehah...

Photobucket

Belum Masanya~



Photobucket

Advise From Kak Nini


Rasanya TTC'ians kenal siapa kak Nini ni,esp mereka yang perndah mendapatkan rawatan dengan Dr.HA sure kenal kak Nini. Mungkin ada yang pernah baca advise yang kak Nini kongsikan untuk para TTC sekalian, hari ni chenta nak share to my TTC journey blog..mudah untuk chenta buat rujukan apa yang perlu apa yang tidak perlu chenta ambil sepanjang perjalanan TTC chenta cmtu tu jugak utk kengkawan semua :)

assalamualaikum wbt,
Ini merupakan cadangan perubahan cara gaya hidup dan pemakanan.... untuk semua jenis penyakit terutama INFERTILTY .....
Keep a basal body temeperauture chart untuk cari hari subur. (salah sorng bbt'ians)
Bersama masa hari subur.
Seterusnya cuba yang ini pulak.
Cuba untuk 3- 6 bulan dan lihat perubahan pada diri anda---

PEMAKANAN
RAJIN2lah ke dapur wei!!! bagi keluar asap sikit ---- suami pun nanti duk umah je bini rajin masak 
Kalau berat badan bukan di lingkungan berat yang ideal, target untuk turunkan berat badan 1-2 kg sebulan dengan petua berikut .. AND NO CRASH DIETING PLEASE!
**Makan heavy breakfast dan lite dinner dan lite lunch --- * NEVER SKIP breakfast instead SKIP A HEAVY DINNER.
**Pastikan snek dengan pisang segar atau kekacang (almonds) in between the three meals... supaya tak lapar dan minum 6 glasses of plain water a day and one cup of hot green tea.
*Kalau boleh makan yang ORGANIK dan tidak diproses
BANYAKKAN memakan makanan berikut yang kaya anti-oxidant, dan trace minerals:
1- Makanan berasaskan soya Tempeh,soya bean drink jus yang pure, tofu fah (yang ni fav's)
2- Labu
3- Keledek (bold - makanan untuk membantu meningkatkan hormon estrogen dan progesteron)
4- Jus kulit manggis - beli dari internet atau buat sendiri (keringkan kulit manggis , rebus tiga jam dan minum- kaya flavonoids dan anthocyanin)
5- Cranberry juice - kat farmasi guardian atau health foods shop byk.
6- semua jenis Ulam2an (selalu jugak amalkan)
7- Pisang (pisang fav's tu)
8- Ikan tongkol dan sardin segar (kalau p pasar suka beli ikan sardin ni, ikan tongkol slalu mkn kt umh mak)
9- Ayam kampung dan telur kampung
10 - Bayam ungu dan bayam biasa (sayur fav's tumis air sedap sgt)
11- Tofu- (yang ni goreng gitu pun sodap msk ngan sayur pun terbaek)
12- Minyak kelapa dara / minyak sayuran seperti canola oil or soya oil... (ada jugak amalkan tp slalu skip)
13- Mentega dari sumber sayuran yang kurang tranfats seperti virgin olive oil margarine.... kalau boleh. Elakkan planta marjerin yang tinggi transfat
14- udang / kerang sekali seminggu
15 - sotong sekali seminggu
16 Semua jenis fruits, tubers (ubi), veggies yang kaya dengan warna seperti terung, keladi dan lain-lain
17- Kacang dhal, kacang almonds, kacang hijau
18- Buah delima / pomegranate (buah n pati delima selalu kirim adik buah delima kt tganu sgt murah)
19- Buah anggur merah
20-dragonfruit
21- papaya
22- Roti wholemeal
23- Capati
24- Pasta
25- Mentimun
----- Buat dressing untuk ulam dengan berikut untuk dapatkan khasiat anti-oxidan dll...
*- Minyak kelapa dara
*- tumbuk bawang putih dan lada hitam
*- Masukkan cuka apple cider vinegar (chenta mix dgn air suam minum cmtu je)
*- masukkan brown sugar
tabur atas ulam dan makan bersama nasi brown rice dan lauk.
----- kalau memasak banyakkan guna bahan2 ini dan jangan buang rempah tu, elok dimakan jugaklah...
*bunga cengkih dan semua rempah-ratus macam pelaga , kayu manis, bunga lawang
*asam jawa
* halia (sangat bagus) (selalu letak lam masakan)
*kunyit hidup (sangat bagus)(sedap sgt minum pati kunyit + garam sikit+asam jawa)
* bawang putih (sangat bagus) (suka jgk letak lam masakan lg byk lg sedap)

MAKANAN DILARANG
Menurut pakar pemakanan terkemuka di Amerika makanan kategori ini kebanyakkan genetically modified (GE), tinggi bahan kimia dan pengawet dan banyak growth hormones...dan juga tinggi BPA yang menybbkan kanser, masalah hormon dan lain2.
** Elakkan / jauhi bagai satu WABAK makanan2 ini, kalau teringin makan sekali sebulan jer:
1- Semua jenis processed foods / segera / dalam tin / dalam packet
eg. KFC, maggi mee, Mc dee's , roti gardenia putih
2- Kurangkan susu yang diproses seperti condensed milk, krimer , tepung gandum
3- Ayam disuntik
4- Telur yang disuntik
5- Kek, pastri dan makanan yang kaya gandum putih
6- Semua minuman bergas
7- Daging, paru, limpa , hati any organ meats
8- Milo, coke, kopi, teh tarik
9- Kurangkan makanan high transfat content macam marjerin....
----KURANGKAN / POTONG TERUS dari diet
1- Nasi putih
2- Gula putih
3- Nasi lemak
4- Roti canai
5- Ayam Kentucky
6- Mcdonalds
7- Pizza
8- Teh tarik
9- Semua minuman kotak, bertin dan bergula ----- dan dicampur warna tiruan
-----Karbo yang dibenarkan:
1- semua jenis pasta / sp
2- Thosai
3- capati
4- organik wholemeal bread ( kalau susah dapat organic yang biasa pun ok)
5- Brown rice
6- Potatoes / ubi keledek / ubi keladi
DESERT / SWEETS dan fats YANG dibenarkan dalam kadar yang kecil sehari
1- DARK CHOCOLATE (YEY!!!!)
2- Pure Honey (yang pure je ye... makan dengan wholemeal muffin atau lempeng dari gandum wholemeal pisang)
3- Brown sugar
4- Any virgin oil macam - minyak kelapa dara
Makanan melayu yang sihat dan baik
1- Nasi kerabu guna bahan asli (setengah pinggan saje tau!)
2- Bubur pisang/ ubi keladi (kurangkan santan dan gula)
3- Masak sambal tempeh atau tauhu
4- Ikan bakar cicah air asam
5- Goreng pisang
6- Cucur badak
7- Asam pedas ikan sardin segar
8- Masakkan ayam kampung goreng halia
9- Ayam percik (ayam kampung)
10-Pisang/ ubi goreng
11- bubur chacha ( kurang santan dan gula)
12- Tauhu Bakar
13- Rojak buah
---- Ambil supplemen ini:
1- Vitamin E 200 dua biji sehari (wajib) (dah hbs stock kena beli )
2- Vitamin C 500 mg dua kali sehari (amik yg 1000mg so sekali makan la kan sehari)
3- Fish oil 1000 mg dua biji sehari (wajib) (chenta beli Fish Oil +Epo brand blackmores sehari mik 2tablets)
4 -Kalsium lactate 300 mg dua biji sehari
5- Folic acid 10 mg sehari (yeps dlu mik 5mg je skang dh mik 10mg perdays)
6- Habbatus sauda 2 sudu / kapsul sehari (ada yg bijik2 halus tu tp lama xmkn pasni kena makan)
7- Cranberry juice- (lom beli..he3 sbb beli cuka apple dlu lain kali k)
8- Evening primrose oil 500 mg dua biji sehari (chenta beli Fish Oil +Epo brand blackmores sehari mik 2tablets)
9- RESVERATROL 200 mg sebiji dua kali sehari (xpernah dgr jap g google)

Photobucket

Purple Sakura Giveaway 2012.



                            

Lama tak join GA ni..hari ni terdetik nak join GA dari blog Purple Sakura..
KLIK header kat ^ tu utk details yang lebih lanjut ea kengkawan~

Saya harus mendapat hadiah dari Purple Sakura kerana  saya ingin menikmati nikmat Vitamin C dan ingin kelihatan glowing...dan sihat apatah lagi vit C sgt elok untuk orang yang berTTC seperti saya. 



Photobucket

Kebaikan Cuka Epal~

Salam TTC'ians~ hari ni chenta beli APlle Cider Vinegar brand Heinz, 
ni pun salah satu produk TTC chenta~
untuk lebih mengetahui kebaikan cuka epal ni..
meh chenta share~ 

Khasiat cuka epal sider
Assalamualaikum guys.. Khasiat cuka epal sider. Ahhhh... ini bukan nak main masak2 atau makan2 tapi untuk menerangkan kebaikan yang ada pada cuka epal sider ini. Wokey guys... Jom kita baca apa baik sangat tentang cuka epal ini.

Cuka epal sider atau apple cider vinegar diperbuat dari buah epal yang segar dan tinggi kandungan kalium. Jika di minum dengan bercampur air suam dan madu boleh melawan penyakit inlfuenza dan selsema. Ia juga menolong penghadaman, mengurangkan kolestrol tidak baik, menguatkan jantung, merendahkan tekanan darah dan menstabilkan kandungan gula dalam darah. Kandungan anti oksida juga membantu melawan beberapa jenis KANSER. 


Kebaikan cuka epal sider untuk Arteri (artery)
  • Kalium atau potassium membantu memecahkan lemak akan mengurangkan jumlah lemak yang ada pada arteri. Kalium boleh melembutkan tisu arteri yang seterusnya meningkatkan keanjalan arteri. Semua ini boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi, strok atau serangan jantung
  • Kalium atau potassium juga bertindak sebagai pencair darah semula jadi. Kalium dapat memecahkan lemak dan protein yang boleh menyebabkan darah menjadi pekat. Untuk kesihatan arteri, kalium menjalankan pengaliran darah dengan lebih lancar melalui arteri dan keseluruhan badan.
  • Cuka epal cider mengandungi pektin yang boleh menyerap kolesterol LDL dan lemak, supaya kedua-dua bahan-bahan boleh dihapuskan dari badan melalui proses perkumuhan semulajadi. Manakala asid amino yang berfungsi sebagai pembakar kolesterol LDL. Mengambil cuka sider epal boleh meningkatkan hormon nitrik oksida semulajadi yang menghentikan pengeluaran angiotensin II. Hormon angiotensin II boleh menyebabkan arteri menjadi sempit (constrict) dan sempit.
  • Malic asid dan asid tartarik (acid tartaric) dalam cuka epal membantu memecahkan makanan yang begitu baik untuk pencernaan dan mengurangkan jumlah lemak yang tidak diperlukan oleh badan. Kedua-dua asid juga melancarkan proses peredaran darah, jadi kerja menjadi lebih mudah arteri. Asid yang terkandung dalam cuka sider epal juga membantu mengurangkan tahap trigliserida (triglyceride) dalam darah.
Cara2 membuat minuman dengan cuka epal sider
  • Segelas air suam
  • 1 sudu cuka epal sider
  • 1 sudu madu
  • jus epal atau sebatang kayu manis untuk penyedap rasa
  • campurkan kesemuanya dan minum selepas makan. 
  • kandungan anti oksida dapat membantu sakit perut - selepas minum harus kumur mulut dengan air supaya gigi tidak mudah rosak kerana cuka epal tadi. 
Kebaikan cuka epal untuk kegunaan luaran
  • Jika kaki terasa sangat sakit dan letih, ambil semangkuk besar air suam yang boleh memuatkan kedua2 kaki. Masukkan setengah cawan cuka epal sider. Rendam selama 20 atau 30 minit. InsyaAllah hilang penat dan kesakitan tuh kemudian berehatlah. Sebaiknya lakukan semasa hendak tidur.
  • Untuk mengurangkan kulit yang kering dan gatal2 serta ingin menjadi lembut, campurkan 2 cawan cuka epal sider dalam tab air suam. Rendamlah untuk setengah jam.
  • Untuk membersihkan kekotoran muka, masukkan 2 atau 3 sudu cuka epal sider dalam stim muka. Tutup muka dengan tuala dan biarkan stim menghala ke muka untuk 15 minit. Liang roma akan terbuka dan kekotoran akan keluar. Kulit lebih lembut + bersih dan segar - Boleh juga merendamkan tuala kecil pada semangkuk air suam dan 2 sudu cuka epal. Perahkan tuala tapi jangan terlalu kuat. Tekapkan tuala pada muka untuk beberapa minit sambil berbaring. Bilas dengan air biasa. Rasakan selepas itu.
Nota
Kebaikan cuka epal ini dapat membantu sedikit sebanyak masalah pelbagai penyakit. Cuka epal ini juga rasanya lebih sedap jika di campurkan dengan salad sayur2an + sesedu mustard + olive oil. 

P.S. Cuka epal sider juga boleh merawat telinga kucing atau binatang2 lain seperti berbau busuk atau sakit. Ambil 1 sudu cuka + 3 sudu air. Pancitkan kedalam telinga sedikit demi sedikit. Tonggengkan telinga untuk keluarkan airnya kemudian buat sekali lagi. InsyaAllah.. tips ini aku dapat dari marthastewart show. Selamat mencuba..


Photobucket

Order Form for UPT,OPK,Avail's Product~

Name:
Telefon Number:
Email Address:
Address:
Quantity & Items
Payment Mode CIMB
RHB
Cash Deposit
Online Transfer
When can u settle the payment? : Within 24 Hours After Confirmation
Within 48 Hours After confirmation
I have read,understood and agreed to the terms & Conditions

Item(s) will be post via Pos Laju only in MALAYSIA. 

Sila pastikan emel anda betul sebelum submit order!

Sila cek emel @ spam box @ junk mail dalam tempoh 24 jam untuk mendapat respon.


Click here to put a form like this on your site.

Rezeki Ramadhan Alhamdulillah

Alhamdulillah

Daisypath Anniversary tickers

Our Precious Gift From Allah swt

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

My Blog B'day

Daisypath Happy Birthday tickers
Copyrights 2012 | © Mrs. Chenta TTC Journey | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™