
JPO Gituh..

Diet Memberikan Kesan Terhadap Peluang Untuk Hamil
Sekiranya anda kecewa kerana masih gagal hamil, jangan putus asa. Kajian terbaru mendapati dengan hanya menukar diet, anda mungkin boleh meninggikan peluang untuk hamil.
Penyelidikan yang dibuat oleh Harvard University melibatkan 18,000 wanita yang menbandingkan pemakanan mereka yang kurang subur dan mereka yang senang hamil, mendapati 20-30% wanita yang sukar hamil boleh meninggikan peluang kehamilan mereka dengan hanya menukar menu makanan mereka.
Mereka yang kerap memakan karbohidrat, jenis yang cepat di lepaskan kedalam darah seperti nasi, roti putih, pasta, potato dan makanan bergula mempunyai 92% risiko untuk mendapat masalah ovulasi berbanding dengan mereka yang memakan karbohidrat kompleks seperti whole grain bread, brown rice atau oats.
Kajian juga mendapati, mereka yang melebihkan lemak dan protin dari sumber binatang mempunyai 30-41% risiko ketidaksuburan berbanding dengan mereka yang memakan protin dan lemak dari sumber sayuran.Yang paling tidak dijangka ialah yang melibatkan pemakanan dari hasil tenusu seperti susu segar (tidak berskim) dan ‘full fat’ yogurt , ais krim dan keju meninggikan peluang kehamilan manakala mereka yang mengambil produk hasil tenusu yang kurang lemak pula boleh menyebabkan wanita kurang subur.
credit to: Portal Kehamilan

Merancang Untuk Hamil: Isu Penting Sebelum Hamil
Perkara penting yang anda perlu buat sebelum anda bercadang untuk hamil
Makan asid folik
Walaupun anda merasa diri anda sihat dan tidak mengalami sebarang kekurangan zat dan vitamin, anda masih perlu memakan asid folik sekurang-kurangnya 400mcg sehari sekurangkan kurangnya 1 bulan sebelum mengandung. Asid folik, walaupun terdapat dengan banyak dalam makanan dan sayuran seharian, ia mudah rosak apabila semasa proses memasak. Kekurangan asid folik dikaitkan dengan kecacatan saraf seperti spina bifina.Jangan merokok dan meminum alkohol
Hentikan serta merta sekiranya anda bercadang untuk hamil dalam masa terdekat, banyak penyelidikan yang telah dijalankan menunjukkan merokok dikaitkan dengan bayi yang kecil semasa lahir, bayi pramatang, keguguran dan sebagainya. Ia juga dikaitkan dengan ketidaksuburan dan kekurangan sperma pada lelaki.Kurangkan minuman berkafin
Terlalu banyak minuman cafin boleh mengurangkan keupayaan usus anda untuk untuk meyerap zat besi dan meninggikan risiko keguguran dan kematian anak dalam rahim. Kurangkan pengambilan secara beransur-ansur dan gantikan ia dengan minuman jus jika anda suka. Walaubagaimanpun anda masih boleh meminum minuman bercafin satu cawan sehari semasa mengandung.Pastikan berat badan optimal!
Sekiranya anda mempunyai berat badan yang normal, anda lebih senang untuk hamil. Penyelidikan telah menunjukkan meraka yang mempunyai berat badan yang terlalu rendah dan terlalu tinggi lebih sukar untuk hamil. Sekiranya berat badan anda tidak memuaskan, cuba untuk memperbaiki dengan mengurang atau menambahkan berat. Berbincanglah dengan doktor anda cara terbaik untuk menguruska berat badan anda.Simpan cuma makanan yang sihat sahaja dalam peti sejuk.
Anda tidak perlu makan untuk dua orang, tetapi dengan amalkan memakan buah-buah dan sayuran 4-5 hidangan sehari ia boleh membekalkan nutrient yang anda perlukan sebagai persedian untuk hamil. Makanlah bijiran whole grain, susu, yogurt atau jus yang kaya dengan kalsium. Sekiranya anda pengemar ikan, kurangkan memakan ikan dari jenis jerung, sword fish dan tuna kerana ia mungkin berlebihan dengan kandungan merkuri, bahan yang boleh memberikan kemudaratan kepada bayi anda.
Zero

Why Maybank should give me tickets to Legoland
Picture above from Google images
Moga saya dapat menjejakkan kaki ke Legoland Malaysia sekali lagi.
Kepada kawan-kawan yang nak join jom la jangan segan silu, mana tau rezeki kawan-kawan semua.
Sharing Is Caring
'"
"
"
"
"
"
“Why Maybank should give me tickets to Legoland” & you could win free tickets!

Subscribe to:
Posts (Atom)











