Sekiranya anda kecewa kerana masih gagal hamil, jangan putus asa. Kajian terbaru mendapati dengan hanya menukar diet, anda mungkin boleh meninggikan peluang untuk hamil.
Penyelidikan yang dibuat oleh Harvard University melibatkan 18,000 wanita yang menbandingkan pemakanan mereka yang kurang subur dan mereka yang senang hamil, mendapati 20-30% wanita yang sukar hamil boleh meninggikan peluang kehamilan mereka dengan hanya menukar menu makanan mereka.
Mereka yang kerap memakan karbohidrat, jenis yang cepat di lepaskan kedalam darah seperti nasi, roti putih, pasta, potato dan makanan bergula mempunyai 92% risiko untuk mendapat masalah ovulasi berbanding dengan mereka yang memakan karbohidrat kompleks seperti whole grain bread, brown rice atau oats.
Kajian juga mendapati, mereka yang melebihkan lemak dan protin dari sumber binatang mempunyai 30-41% risiko ketidaksuburan berbanding dengan mereka yang memakan protin dan lemak dari sumber sayuran.Yang paling tidak dijangka ialah yang melibatkan pemakanan dari hasil tenusu seperti susu segar (tidak berskim) dan ‘full fat’ yogurt , ais krim dan keju meninggikan peluang kehamilan manakala mereka yang mengambil produk hasil tenusu yang kurang lemak pula boleh menyebabkan wanita kurang subur.
credit to: Portal Kehamilan








1 comment:
saya pun tengah berdiet..kurangkan karbo lebihkan protein...insyaallah ada rezki...
Post a Comment