Merancang Kehamilan

Merancang kehamilan sangat mustahak, bukan sahaja sekadar kesanggupan suami isteri menerima bebanan datangnya seorang anggota baru dalam keluarga. Tetapi ia memberi kesan secara langsung terhadap ibu yang sedang hamil tersebut. Ibu yang sedang hamil akan mengalami berbagai perubahan fizikal dan emosi. Perubahan tersebut akan mempengaruhi tahap kesihatannya dan kesihatan janin yang ada dalam kandungannya.

Bagi wanita yang pertama  kali mengandung, ia harus betul-betul mempersiapkan dirinya baik fizikal mahupun mental. Kerana di dalam  proses kehamilan tersebut  berbagai-bagai perubahan terjadi dalam dirinya. kemudian bagi wanita yang melahirkan anak setiap tahun, harus mempertimbangkan tentang kemampuan dirinya untuk menanggung beban tersebut. Walaupun dilihat bahawa wanita yang melahirkan anak setiap tahun itu nampaknya sihat,secara biologinya,tubuhnya tidak dapat menerima lagi kehamilan yang berterusan itu.

TIPS MENDAPATKAN CAHAYA MATA: WAKTU SESUAI MELAKUKAN HUBUNGAN SEKS




Sewaktu wanita berada di peringkat subur dan melakukan hubungan seks, maka sperma akan memasuki faraj atau vagina pada masa yang tepat, sperma ini akan dilindungi daripada persekitaran faraj yang berasid. Hal ini dapat memelihara sperma daripada lendiran mukus semula jadi. Biasanya, jutaan sperma akan cuba memasuki faraj tetapi beberapa ribu sahaja berjaya melalui pangkal rahim dan seterusnya menuju ke rahim atau uterus.
Daripada ribuan sperma itu, hanya ratusan yang berjaya memasuki salur falopio untuk bertemu dengan pasangannya, iaitu ovum yang sudah bersiap sedia menunggunya di bahagian ampula. Antara faktor yang mempengaruhi sama ada sperma itu berjaya sampai kepada ovum termasuklah kebolehannya untuk berenang dan pergerakan rerambut halus (silia) yang terdapat pada salur falopio. Pergerakan silia ini akan membantu sperma untuk sampai kepada ovum.
Kuantiti sperma yang diejakulasi ke dalam faraj. Secara purata, sebanyak tiga milimeter air mani yang akan diejakulasi ke dalam faraj. Terdapat 60 juta sperma dalam satu milimeter air mani. Dengan kata lain, hampir 200 juta sperma akan memasuki faraj semasa proses ejakulasi berlaku. Tetapi hanya satu sperma yang diperlukan untuk proses persenyawaan. Sekiranya, bilangan sperma di bawah aras 20 juta per milimeter, maka peluang untuk hamil adalah rendah.
Waktu sesuai untuk melakukan hubungan seks.
Sperma dapat hidup dalam mukus (lendir) pangkal rahim antara 48 hingga 72 jam. Justeru itu, hubungan seks hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya pada selang sehari semasa waktu subur. Hal ini kerana ovum hanya boleh disenyawakan dalam masa 12 hingga 24 jam setelah dikeluarkan, maka amatlah penting untuk sperma berada di luar ampula untuk menunggu masa bersenyawa dengan ovum. Dengan kata lain, waktu yang amat sesuai untuk melakukan hubungan seks adalah sebelum proses pengeluaran ovum atau pengovulan. Bagi wanita yang mempunyai kitar haid selama 28 hari, masa yang sesuai adalah bermula pada hari ke-11 hingga hari ke-16. Jika hubungan seks berlaku setelah proses pengovulan, peluang untuk hamil adalah rendah.
Hubungan seks yang kerap dan pada waktu yang tepat tidak mencukupi.
Hubungan seks amatlah penting dilakukan pada waktu subur. Waktu subur dapat dikira dari jarak masa kitar haid yang sebelumnya, melalui carta suhu, atau melihat perubahan kelikatan mukus (lendir) pangkal rahim. Sperma perlu berada di dalam salur falopio pada waktu subur kerana ovum hanya dapat bersenyawa untuk beberapa jam, iaitu 48 hingga 72 jam. Dengan mengadakan hubungan seks sekurang-kurangnya pada hari ke-11 dari kitaran haid bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang normal, maka peluang persenyawaan berlaku adalah tinggi. Pada hari-hari berikutnya, kekerapan hubungan seks boleh dilakukan mengikut kehendak pasangan masing-masing. Menahan diri daripada melakukan hubungan seks sebelum waktu subur bagi tujuan menambahkan bilangan sperma dan meningkatkan kesuburan hanyalah suatu mitos. Bilangan sperma akan meningkat tanpa melakukan hubungan seks selama dua hingga tiga hari, tetapi ramai lelaki yang subur boleh menghasilkan jumlah sperma yang mencukupi melalui hubungan seks dengan lebih kerap. Terdapat dua sebab pasangan suami isteri tidak melakukan hubungan seks dalam jangka masa yang lama. Pertama, risiko terlepas waktu pengovulan dan kedua, sperma akan menjadi kurang aktif. Oleh itu, penting untuk mengagak masa pengovulan berlaku supaya hubungan seks dapat dilakukan dua hingga tiga hari sebelumnya. Turut diberikan perhatian ialah kehadiran sperma yang subur dan bersedia untuk bersenyawa sebaik sahaja ovum dikeluarkan.
Wanita tidak perlu baring selepas hubungan seks dilakukan. Persenyawaan terjadi apabila sperma sampai ke salur falopio dan bersenyawa dengan ovum. Kehamilan berlaku daripada hubungan seks dalam pelbagai posisi. Pergerakan sperma tidak bergantung pada posisi tertentu yang harus dikekalkan oleh wanita. Oleh itu, wanita tidak perlu untuk berbaring di atas katil atau berehat seketika setelah melakukan hubungan seks. Menurut petua orang tua, dengan meletakkan bantal di bawah punggung atau menaikkan kaki selepas selesai melakukan hubungan boleh membantu dalam proses persenyawaan adalah kurang tepat.


Pucuk Daun Durian Belanda


Hah,,,nape dengan pucuk daun durian belanda ea
ok la ni petua dari mak chenta..
mak chenta suruh chenta makan
pucuk daun durian belanda 
makan 7hari berturut-turut
masa mak suruh makan tu chenta tanya mak
mak kenapa kena makan pucuk dia
nape tak makan buah dia
mak jawab makan je la kalau orang dah suruh tu..
hu3 tanpa banyak tanya mintakla incek suami carikan pucuk durian belanda tu,,
makan la 2hari...pastu stop..
rasa dia ok..sesedap je rasanya..
nama pun pucuk kalau daun yang tua tu confirm pahitkan...
hik3
lama kelamaan baru tau kebaikan pucuk durian belanda tu
rupanya elok untuk mereka yang ingin hamil...
mak segan la tu nak cakap dia nak cucu..he3
insya'allah mak,,,nti satu ketika ada rezeki untuk mak dan abah jadi atuk n nenek..
mak dan abah doakan buat kami ea...
amin...


Amalan Untuk Mendapatkan Zuriat

Lama chenta tak berceloteh kan..
hari mud nak mengupdate serta share info2 yang chenta dpt dengan kawan-kawan TTC 
sedang membuak2..
ok hari ni nak share "Amalan Mendapatkan Zuriat"
Insya'allah jika diizinkan ALLAH s.w.t
ok kita mulakan dengan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ 

Amalan mendapatkan zuriat
  1. Tiga bulan amalkan meminum air suam bercampur madu asli(warna hitam)setiap awal pagi - utk sisuami
  2. Buat senaman batin tiap2 x bgn tido waktu pagi-utk lelaki
  3. Amalkan bersedekah setiap hari jumaat, bila ke masjid.. insyallaah.. jika diamalkan berhasil
  4. Doa Nabi Zakaria
  5. surah AlWaqiah selepas subuh
  6. lepas maghrib amalkan AlMulk (kekuasaan Allah).
  7. Banyak bersedekah kepada bayi2 yang baru lahir.
Diet Pemakanan
  1. Badam (almond) 5 Biji tiap hari
  2. Buah Delima
  3. Buah Zaitun
  4. Buah Kurma
  5. Jauhkan /pantang makan benda2 masam, nanas, minuman bergas pendek kata benda yang berasid, jangan makan seafood, boleh ambil spirulina everyday, makan sayur & buahan. Suami perlu banyak makan berasid macam daging, ayam etc.
  6. Jangan minum air kelapa
CARA SENAMAN BATIN
  1. Duduk bersila badan tegak
  2. Selepas itu luruskan kaki kanan kedepan
  3. Tangan kanan pegang ibu jari kaki kanan,tangan kiri pula pegang lutut kiri..tarik nafas dalam2(slow)
  4. Setelah nafas penuh didada..bawa tgn kiri tadi kesebelah kanan hingga menyentuh lantai sebelah kanan (jgn lepaskan nafas,tahan selama 7 saat) atau ikut kemampuan.
  5. Ulangi perkara diatas dgn kaki kiri plak
  6. Buat 3x /7x setiap kali lepas sembahyang subuh..jika betul caranya...peluh akan keluar walaupun baru buat 3x..(3x kiri..3x kanan)
Masa Berjimak

Sabda Rasullah s. a. w. "Wahai Ali! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril a. s" 

1. Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang bengis. 

2. Jangan berjimak antara azan dan iqmah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah. 

3. Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua berwuduk. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan. 

4. Jangan berjimak pada pertengahan nifsu syaban. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mempunyai tanda pada yang jelek pada muka dan rambutnya. 

5. Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2 hari). Jika dikurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka meminta - minta. 

6. Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar) Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim, pada tanganya membuat kebinasaan kepada banyak manusia. 

7. Jangan berjimak dengan isterimu di atas loteng. Jika Allah mengurniakan anak, nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas. 

8. Jangan berjimak dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar bermusafir. Jika Allah mengurniakan anak ia akan membelanjakan harta pada jalan yang tidak haq. 

9. Jangan berjimak dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi pembantu kepada setiap orang yang zalim. 

10. Jangan berjimak dengan isterimu pada awal malam (sebelum isyak) Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang ahli sihir, sunglap dan menghendaki dunia daripada akhirat. 

Cara berjimak yang dituntut. 

1. Berjimak pada malam Isnin. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab Allah dan redha terhadap segala pembahagian allah s. w. t 

2. Pada malam Selasa. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan azabkanya (turun bala ) kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba. 

3. Pada malam Khamis. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yg bijaksana dikalangan yg bijaksana atau org alim dikalangan orang alim. 

4. Sewaktu matahari ditengah langit. Jika Allah mengurniakan anak yang tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s. w. t rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia. 

5. Pada malam Jumaat .Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah. 

6. Hari Jumaat selepas asar. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim. 

7. Malam Jummat selepas Isyak yang akhir. Jika Allah mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka. 

8. Bacalah doa berlindung dari syaitan. Jika Allah kurniakan anak tidak dimudaratkan oleh syaitan terhadapnya selama-lamanya .





Letih

sejak dua menjak badan rasa letih sangat...
Rasanya perlu berurut ni...
Yes! Berurut....
Tapi tak nak urut 1 badan...
Nak urut bahagian peranakan..
Mana tau kali ni lekat..
Sebelum ni pernah juga berurut 
Tapo belum rezeki lagi..
So kena la usaha lagi..
Minggu depan la nak pergi berurut..minggu ni 
Chenta n husb bz dengan kerja.
Chenta dah xlatar nak kerja..
Rasa nak resign..
Worth it ke?
He3 nak pulak..
Keje selagi ada hayat..
Insya'allah

Order Form for UPT,OPK,Avail's Product~

Name:
Telefon Number:
Email Address:
Address:
Quantity & Items
Payment Mode CIMB
RHB
Cash Deposit
Online Transfer
When can u settle the payment? : Within 24 Hours After Confirmation
Within 48 Hours After confirmation
I have read,understood and agreed to the terms & Conditions

Item(s) will be post via Pos Laju only in MALAYSIA. 

Sila pastikan emel anda betul sebelum submit order!

Sila cek emel @ spam box @ junk mail dalam tempoh 24 jam untuk mendapat respon.


Click here to put a form like this on your site.

Rezeki Ramadhan Alhamdulillah

Alhamdulillah

Daisypath Anniversary tickers

Our Precious Gift From Allah swt

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

My Blog B'day

Daisypath Happy Birthday tickers
Copyrights 2012 | © Mrs. Chenta TTC Journey | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™