Laparoskopi merupakan prosedur harian dan memerlukan bius keseluruhan. Insisi sepanjang 0.5 hingga 1.5cm dibuat di bahagian abdomen untuk membolehkan doktor memasukkan teleskop bagi melihat organ dalaman secara langsung. Gas karbon dioksida akan dipam ke dalam abdomen supaya organ-organ tidak melekat antara satu sama lain sekaligus membantu doktor melihat dengan lebih jelas. Gas ini akan dikeluarkan semula selepas prosedur. Tiub fallopian juga akan diuji untuk memastikan ianya tidak tersumbat.
Semasa prosedur laparoskopi, punca ketidaksuburan contohnya endometriosis, dan fibroid boleh disahkan. Laparoskopi boleh dilakukan untuk tujuan diagnostik dan juga teraputik. Contohnya, sekiranya diagnosis endometriosis disahkan semasa prosedur laparoskopi, ianya boleh dirawat pada masa yang sama. Selain itu, lekatan pelvis juga boleh dileraikan semasa prosedur laparoskopi.
Berikut adalah indikasi bagi laparoskopi:
| 1. | Sista atau tumor ovari |
|---|---|
| 2. | Myomectomy (membuang fibroid) |
| 3. | Pembedahan tiub |
| 4. | Meleraikan lekatan |
| 5. | Endometriosis |
| 6. | Menentukan kelansungan tiub fallopio |
| 7. | Lantai pelvis atau vagina mengendur (terjulur keluar) |
| 8. | Histerektomi (membuang uterus) |
| 9. | Pemandulan |
Sebelum menjalani laparoskopi, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:
| 1. |
jangan makan atau minum sekurang-kurangnya 8 jam sebelum prosedur.
|
|---|---|
| 2. | jangan memakai pengilat kuku, alat solek, pewangi, barang kemas atau kanta lekap semasa memasuki bilik pembedahan. |
3. | memakai pakaian yang longgar supaya tiada tekanan dikenakan di bahagian pusat anda. |
Selepas laparoskopi;
| 1. |
anda akan dibekalkan dengan ubat tahan sakit dan muntah-muntah.
|
|---|---|
2. | anda akan mendapati satu insisi sepanjang 1/2 inci di bahagian bawah pusat dan beberapa insisi sepanjang 1/4 inci berhampiran bulu pubis. Sekiranya tedapat darah, pembengkakan atau kegatalan pada luka pembedahan sila dapatkan nasihat doktor. |
3. |
anda akan berasa lemah dan tidak selesa untuk beberapa hari. Walaubagaimanapun, anda perlu bergerak dan meningkatkan aktiviti sedikit demi sedikit. Jangan melakukan aktiviti yang membebankan sehingga doktor membenarkan anda berbuat demikian
|
| 4. | anda boleh mengadakan hubungan seks 3 hari selepas prosedur. Walaubagaimanapun, sekiranya anda masih berasa sakit atau terdapat pendarahan vagina, anda dinasihatkan supaya menunggu sehingga pulih sebelum mengadakan hubungan seks.
credit to: Metro IVF Malaysia
|










8 comments:
akak dulu pernah buat prosedur ini,...boleh balik lapas buat...tapi kena rehat sekejap dekat hospital...prosedur penting dalam rawatan kesuburan
xtau la kak..doc kata esoknya after op dh boleh discharge tp bergantung jgk kot pd pesakit n klu xde pe2 just rst kat rumah. hope everything okey..ni pun dok baca pengalaman kawan2 yg pernah bt lapo.
InsyaAllah xde pape. saya doakan semoga semuanya dipermudahkan Allah Taala..
chenta nak buat dah ke lapo?
Tq sis... Insyaallah moga dipermudahkan Allah
Eida chenta bt next week dear
Semoga dipermudahkan semuanya & nanti story2 la kat sini ya.
nani: insya'allah dear..nti chenta kongsikan apa yang boleh chenta kongsikan..sharing is caring..
Post a Comment