Khasiat Avocado

Semalam 1st time chenta dok minum air buah avocado yang diblend sendiri
mula2 memang nk uweks...hu3 tak boleh nak telan sampai kt tekak je mual..
kebetulan mr.ddy ada beli dutch lady perisa coklat
takde fikir panjang bangun terus mix dalam juice avocado tuh
pergh dengan jayanya licin diminum alhamdulillah
btw ni pun salam satu usaha TTC (belum give up lagi )
ni pic yg chenta buat semalam....


sesapa yg follow chenta kat instagram tu tau la kan chenta dh minum air ni...
meh chenta share khasiat buah avocado ni dengan kawan-kawan...


Khasiat sebiji avocado



BUAH Avocado mungkin tidak sepopular buah-buahan import lain seperti epal atau kiwi yang sudah lama berada di pasaran negara ini.
Bagaimanapun buah yang berbentuk lonjong berwarna hijau ini sebenarnya mengandungi khasiat pemakanan yang hebat.
Di kalangan wanita di negara ini mungkin sekian lama tahu mengenai buah avocado ini tetapi tahap pemahamannya hanya setakat digunakan dalam produk kecantikan.
Avocado sebenarnya mempunyai rasa yang lemak dengan isinya yang halus.
Ia bukan sahaja sedap untuk dimakan begitu sahaja malah boleh dipelbagaikan cara masaknya seperti snek, salad, pencuci mulut atau sup.
Baru-baru ini Euro-Atlantic Sdn. Bhd., pengimport buah-buahan di negara ini mengundang Jodie Campbell selaku penyelaras kursus dan latihan dari Agri-Science Queensland untuk menyampaikan ceramah mengenai Rasa Avocado Australia.
Ceramah yang disampaikan di Berjaya University College of Hospitality (BUCH) di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, itu bertujuan mendedahkan tentang kelebihan nilai pemakanan buah avocado.
Jelas Jodie, avocado Australia memang istimewa kerana ia didatangkan daripada ladang yang terpilih supaya kualiti dan khasiatnya terjamin setelah dieksport.
''Avocado bukan sahaja rendah kandungan gula dan tiada garam tetapi kaya dengan vitamin iaitu C, E dan K,'' katanya.
Selain itu ia juga mengandungi antioksida dan potasium untuk mengelak daripada penyakit radang sendi dan kandungan asid foliknya pula dapat mengelak serangan jantung dan kanser.
Katanya, hasil kajian oleh Wesley Medical Centre, Brisbane, Australia mendapati jika seseorang itu makan setengah atau sebiji avocado setiap hari selama sebulan akan dapat mengurangkan berat badan dan merendahkan kolesterol.
Selain itu, katanya, buah itu juga kaya dengan vitamin E yang baik untuk memperlahankan proses penuaan dan juga kanser.
''Avocado juga mengandungi sumber lutein yang tinggi untuk mengawal katarak sebagai langkah awal daripada menjadi buta,'' katanya.
Katanya, buah itu juga sesuai sebagai makanan bayi kerana dengan kandungan lemak tidak tepu akan membantu proses perkembangannya.
Jelas Jodie, buah avocado Australia terdapat dalam dua jenis iaitu hass di mana berbentuk lonjong dengan kulitnya agak menggerutu berwarna hijau yang bertukar menjadi gelap dan ungu setelah masak.
Manakala jenis shepard pula berbentuk lonjong macam pir yang berwarna hijau dengan kulit lebih licin dengan rasa isi lebih lembut dan lemak.
Katanya, disebabkan bahagian luar avocado agak lembut maka ia perlu dipegang dan disimpan dengan cermat supaya tidak mudah lebam.
Pada majlis itu juga diadakan demonstrasi resipi Avocado Zimbabwe dan lebih banyak resipi lagi boleh dicari dengan melayariwww.avocado.org.au

dan apa yang chenta tau avocado juga sesuai untuk orang2 yg berTTC mcm kita ni...

credit to:Avocado



Photobucket

5 comments:

::EIDA:: said...

Buah ni susah nak cari kat tempat ida.. salu cari tak jumpa.. ida minum air suam lemon... pencuci muka ida pun avocado! hihii

Mummy Chenta said...

kt jb ni pernah nampak dekat jusco and mydin. chenta beli kat mydin rm3.99 1 biji he3 beli 3 dlu utk cuba hu3

Bunga Lily said...

ma lily baru jek jumpe avacado nih baru ni kat jusco mase dok mencari anggur br nih.memang terlintas juga nak beli.tp tak penah dgr khasit avacado.n macam membayangkan ketaksedapan nye yg lemak2 rasenye tu.last2 tak la beli

JayFarhana said...

hehehe good2, sedap kannnn

Mummy Chenta said...

he3 sedap sgt2 esp khasiat dia tu yg lg sedap! he3 tq jay

Order Form for UPT,OPK,Avail's Product~

Name:
Telefon Number:
Email Address:
Address:
Quantity & Items
Payment Mode CIMB
RHB
Cash Deposit
Online Transfer
When can u settle the payment? : Within 24 Hours After Confirmation
Within 48 Hours After confirmation
I have read,understood and agreed to the terms & Conditions

Item(s) will be post via Pos Laju only in MALAYSIA. 

Sila pastikan emel anda betul sebelum submit order!

Sila cek emel @ spam box @ junk mail dalam tempoh 24 jam untuk mendapat respon.


Click here to put a form like this on your site.

Rezeki Ramadhan Alhamdulillah

Alhamdulillah

Daisypath Anniversary tickers

Our Precious Gift From Allah swt

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

My Blog B'day

Daisypath Happy Birthday tickers
Copyrights 2012 | © Mrs. Chenta TTC Journey | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™