Ibu Hamil: Penyediaan Air Selusuh

Air Selusuh, atau Air Minyak Selusuh adalah air yang dicampur dengan minyak dan dimunum oleh ibu hamil dengan bacaan-bacaan Doa-Doa khusus.. Cara yang saya kongsikan adalah mengikut (Para Ulama), Boleh minta suami buatkan untuk ibu hamil.


Perkara pertama perlu menyediakan sebotol air Mineral dan dicampurkan dengan minyak (2 sudu). 
Kemudian boleh mula membaca ayat-ayat dibawah ini.. 
Ada 3 Cara Bacaan Doa untuk Membuat Air Selusuh
Para ulama menghasilkan selusuh berpandukan pelbagai ayat di dalam Al-Quran. Langkah-langkah untuk membuat selusuh: 


Cara A
 1. Membaca Al Fatihah

 


2. Surah al Hasyr ayat 21 - 24

TERJEMAHAN:
Surah al Hasyr ayat 21. Kalau sekiranya kami turunkan Al-Quran Ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan ketakutannya kepada Allah. dan perumpamaan-perumpamaan itu kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.


TERJEMAHAN:
Surah al Hasyr ayat 22. Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dia-lah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

TERJEMAHAN:
Surah al Hasyr ayat 23. Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, raja, yang Maha suci, yang Maha Sejahtera, yang Mengaruniakan Keamanan, yang Maha Memelihara, yang Maha Perkasa, yang Maha Kuasa, yang memiliki segala Keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.

TERJEMAHAN:
Surah al Hasyr ayat 24. Dialah Allah yang Menciptakan, yang Mengadakan, yang membentuk Rupa, yang mempunyai asmaaul Husna. bertasbih kepadanya apa yang di langit dan bumi. dan dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

3. Selawat Syifa (Penyembuhan)

4. Kemudian Bacakan doa : "Ya Allah, dengan hak Maryam dan dengan hak mereka yang diturunkan kepadanya Surah Maryam, ringankanlah daripadanya (sebut nama ibu yang hamil berbintikan ibunya) sakit bersalin dengan rahmat Engkau wahai Tuhan Yang Maha Pemberi Rahmat". Kemudian ditiup pada air atau minyak.

5. Sapukan air atau minyak di perut ibu dari atas ke bawah dengan bacaan selawat (7 kali)

6. Air Minyak selusuh perlu diminum sebanyak satu sudu apabila terasa sakit bersalin


Cara B
Baca Surah-Surah Dibawah ini...
  1. Beristighfar (3 kali)
  2. Menghadiahkan bacaan kepada Nabi Muhammad SAW, keluarga, para sahabat dan para pengikutnya.
  3. Al Fatihah (1 kali)
  4. Selawat (11 kali)
  5. Alam Nasyrah (7 kali)
  6. Al-Ikhlas (3 kali)
  7. Al Falaq (3 kali)
  8. An Naas (3 kali)
9. Kemudian Bacakan doa : "Ya Allah, dengan hak Maryam dan dengan hak mereka yang diturunkan kepadanya Surah Maryam, ringankanlah daripadanya (sebut nama ibu yang hamil berbintikan ibunya) sakit bersalin dengan rahmat Engkau wahai Tuhan Yang Maha Pemberi Rahmat". Kemudian ditiup pada air atau minyak.

10. Sapukan air atau minyak di perut ibu dari atas ke bawah dengan bacaan selawat (7 kali)

11. Air Minyak selusuh perlu diminum sebanyak satu sudu apabila terasa sakit bersalin


Cara C
Baca Surah-Surah Dibawah ini...
  1. Al Fatihah. Apabila sampai di ayat 5, lintaskan di dalah hati memohon dimudahkan bersalin sebanyak tiga kali.
  2. Selawat Syifa (7 kali)
  3. Surah al Hasyr, ayat 21 (3 kali)
  4. Surah al-A'raf ayat 54 (3 kali)
5. Kemudian Bacakan doa : "Ya Allah, dengan hak Maryam dan dengan hak mereka yang diturunkan kepadanya Surah Maryam, ringankanlah daripadanya (sebut nama ibu yang hamil berbintikan ibunya) sakit bersalin dengan rahmat Engkau wahai Tuhan Yang Maha Pemberi Rahmat". Kemudian ditiup pada air atau minyak.

6. Sapukan air atau minyak di perut ibu dari atas ke bawah dengan bacaan selawat (7 kali)

7. Air Minyak selusuh perlu diminum sebanyak satu sudu apabila terasa sakit bersalin




Cadangan saya boleh gunakan Minyak Jerslin, Antara kandungan Minyak Jerslin adalah 
#Minyak Bijan
#Minyak Zaitun
#Minyak Bunga Matahari
#Habbatus Sauda
#Ekstrak Lintah
#Ekstrak Linang
#Ekstrak Gamat
#Ekstrak Tongkat Ali
#Strawberry
#Herba tempatan terpilih.

 

campurkan 2 sudu Minyak Jerslin kedalam Sebotol Air Mineral dan minum serta sapu ke bahagian Perut dan kebawah.. 

Photobucket

1 comment:

Mummy Chenta said...

Sesama utk panduan diri sndri jgk nanti once ada rezeki

Order Form for UPT,OPK,Avail's Product~

Name:
Telefon Number:
Email Address:
Address:
Quantity & Items
Payment Mode CIMB
RHB
Cash Deposit
Online Transfer
When can u settle the payment? : Within 24 Hours After Confirmation
Within 48 Hours After confirmation
I have read,understood and agreed to the terms & Conditions

Item(s) will be post via Pos Laju only in MALAYSIA. 

Sila pastikan emel anda betul sebelum submit order!

Sila cek emel @ spam box @ junk mail dalam tempoh 24 jam untuk mendapat respon.


Click here to put a form like this on your site.

Rezeki Ramadhan Alhamdulillah

Alhamdulillah

Daisypath Anniversary tickers

Our Precious Gift From Allah swt

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

My Blog B'day

Daisypath Happy Birthday tickers
Copyrights 2012 | © Mrs. Chenta TTC Journey | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™