Kasut Tumit Tinggi Dan Kesuburan ¿

LONDON: Tindakan memakai kasut bertumit tinggi membolehkan seseorang wanita nampak bergaya tetapi ia juga menjejaskan peluang si pemakai untuk menimang anak, mengikut kajian yang disiarkan.

Pakar kesihatan dan kecergasan, Dax Moy berkata, gaya berdiri yang tidak seimbang setiap kali memakai kasut bertumit setinggi 12.7 sentimeter memberi kesan kepada organ dalaman dan kesuburan wanita.

"Jika wanita menghargai kesihatan mereka, elakkan dari memakai kasut bertumit tinggi dengan apa cara - ia tidak berbaloi dengan risiko."

Penjualan kasut bertumit tinggi dan tirus mencatat peningkatan mendadak sejak selebriti termasuk Victoria Beckham, Madonna, Kelly Brooke dan Scarlett Johansson, mula memakainya.

Berikutan Minggu Fesyen London yang bermula, model Agensi Miu Miu dan Mourets dijangka menguasai pentas peragaan dengan mengenakan kasut bertumit tinggi.

Namun, Moy sebaliknya memberi amaran, reka bentuk terbaru itu juga boleh membuatkan rambut gugur.

"Kedudukan pinggul cuba ditolak ke depan oleh pemakai membolehkan isi perut bergerak ke depan, menimbulkan keadaan yang ramai wanita menyangka ia adalah 'perut buncit.

"Oleh itu, mereka memampatkan organ dalaman dalam keadaan yang dikenali sebagai visceroptosis. Ia tidak berhenti di situ - leher, belakang, sakit bahu, sakit kepala malah keguguran rambut ialah hasil tidak mempedulikan cara tubuh anda dicipta untuk bekerja," katanya.

Visceroptosis ialah keadaan pernah dideritai wanita memakai korset atau barut dan kini ia tidak lagi menyakitkan pinggang sebaliknya menjadikan kaki sebagai mangsa.

Moy menambah: "Paling penting ialah masalah besar yang berpunca dari pemakaian kasut bertumit tinggi berkaitan dengan kesuburan, kitaran haid dan fungsi bahagian atas tubuh.


FAKTA: Risiko kasut tumit tinggi

* Jejaskan peluang untuk dapat anak
* Punca rambut gugur
* Kasut tumit berukuran 12.7 sentimeter boleh jejaskan organ dalaman dan kesuburan wanita
* Sebabkan leher, lutut, sendi, tulang belakang, bahu menjadi sakit
* Boleh sebabkan pening kepala, gangguan haid

P/s: kepada mereka yang sedang berTTC termasuk chenta jom kita bertukar ke kasut yang flat...or boleh pakai wedges but make sure wedges tu xla terlalu tebal...sedang2 je...High heels tu boleh la pakai sesekali kalau ada wed or others events... Hu3 wedges yang baru ku beli wajib disimpan buat sementara waktu hu3.....demi impian yg ingin direalisasikan آمِّينَ


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

6 comments:

Unknown said...

wahh biar betul nie... takot nye... hu3.. xnak pakai dah kasut tinggi

Mummy Chenta said...

he3 chenta pun nasib de flat shoes tapi janggal bila pakai flat shoes bila kerja.nasib de 1 wedges yang tak bpe nak tinggi tu la kasut yang akan digunakan untuk kerja...

Ana Rashidah said...

mummy chenta, kita pun sekarang dah stop pakai high heels. no more sexy shoes. now pakai ballerina shoes je setiap hari huuu.... nangis sangat sebab ada 3/4 pasang heels termasuk le kasut nikah yang baru pakai 2 kali je.

Unknown said...

bila stop pakai heel nie ada plak muluit yg ty eh preggy ke.. pakai kasut rendah... ploookk...

Suwaibah YS said...

hurmmm....skang dh agak jarang pakai heels.. sakit kaki...
tapi sumtime kena pakai jgak..bila majlis formal....

Zana Adieyza said...

zana tau ttg hal ni, tp susah betul nak elak dr pakai heel.. melainkan kalau gie shopping lama, mmg pakai flat shoe la.. tp kalau gie keje, mmg pakai heel la..

apapun, semoga ada rezeki utk kita dpt zuriat sendiri nnti.. insyaAllah..

Order Form for UPT,OPK,Avail's Product~

Name:
Telefon Number:
Email Address:
Address:
Quantity & Items
Payment Mode CIMB
RHB
Cash Deposit
Online Transfer
When can u settle the payment? : Within 24 Hours After Confirmation
Within 48 Hours After confirmation
I have read,understood and agreed to the terms & Conditions

Item(s) will be post via Pos Laju only in MALAYSIA. 

Sila pastikan emel anda betul sebelum submit order!

Sila cek emel @ spam box @ junk mail dalam tempoh 24 jam untuk mendapat respon.


Click here to put a form like this on your site.

Rezeki Ramadhan Alhamdulillah

Alhamdulillah

Daisypath Anniversary tickers

Our Precious Gift From Allah swt

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

My Blog B'day

Daisypath Happy Birthday tickers
Copyrights 2012 | © Mrs. Chenta TTC Journey | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™