Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, kisah seorang wanita dan seorang ibu yang sangat tabah, dalam keadaan yang kurang sihat beliau terpaksa kuat dalam memelihara anak-anaknya. Untuk kisah yang lebih lanjut oleh la kawan-kawan ke blog tuan punya diri iaitu kak Alia Haryanie. Sesamalah kita membantu sesama kita walaupun nilai yang diberi tidak seberapa.
Bacalah walau untuk seketika;
" Bagaimanala hati ni nak tenang kalau hanya mama tempat anak anak bergantung..Dalam merawat anak anak demam,mama tetap perlu bertahan dan boleh ke mama fikir diri sendiri kalau anak anak kecil mama masih perlukan mama walau mama sendiri lebih lemah dan makin mudarat.Walau bertahan,rebah jua akhirnya,sehari semalaman ditahan di wad sementara.. Pneumonia kini, masalah darah,platlet n hb makin low.. Masa ni hati menangis dalam diam,di manakah lagi kekuatan ? Bagaimana untuk terus melangkah.. Berikanku peluang untuk terus menatap wajah dan bersama mereka. Biarlah walau dalam keadaan yang tidak sempurna sekali pun,aku rela dan aku redha kerana mereka cuma ada seorang ibu...Berikanlahku kekuatan dan ketabahan yang luar biasa..".
" Kesihatan makin merosot,nak buat rawatan asyik fikirkan ank2...duit terhad...mata makin kabur,kepala makin kerap peningnya.lemah sesgt badan..tak de daya rasanya..tapi minda kena kuat.kena lawan.... kena bertahan.. moga2 dapat bertahan.terhuyung hayang gagahkan diri.... kepala beratnyala...tapi nak juga nikmati keindahan bersama anak2.. sesungguhnya masa itu amat bernilai... nak cuba buat aktiviti dgn ank2.... tak kirala badan kuat ke tak..."
kalian ingin membantu sila klik disini atau boleh ke blog kak Alia Haryanie moga kak alya akan terus tabah dalam melalui kehidupan beliau dan moga ALLAH menyembuhkan penyakit yang dihadapi kak Alya. Amin..amin..amin yarabbal alamin.







No comments:
Post a Comment