Alhamdulillah


Salam..semua,
Syukur sgt2 hari ni mak dah kuar wad...
lama jugak mak kat wad gynea tu.. 7hari 6malam...dah macam p bercuti kat oversea gitu
kenapa mak masuk wad?
Balik dari kelantan ritu smpi pekan, pahang mak igt dia period pd hal dia baru je period 25/10 
takkan la 31/10 period dtg lg..
oh ya fresh blood ok bukan darah period..
1/11/2012 chenta still AL lg...adik col mak ckp darah byk sgt
so pe lagi gelabah col mr.ddy suh hantar chenta blik umah mak
balik2 mak lemah sgt pucat sgt muka mak
sementara nk tgu mak on g hosp, chenta masak la pe yg ptt so nanti abh lik kerja or adik2 balik kerja tak la
penat nak memasak, siap msk sayur mak pgl..
terkejut chenta darah byk sgt..ckp kt mak ni tak leh g klinik g klinik pun bukan semua doc kt klinik tu bijak dlm hal2 cmni..ni pengalaman chenta masa mula2 thyroid dok dtg g klinik penawar doc ckp awak xsakit...demam pun x, pd hal kita sakit badan, xpuas hati g klinik lain plak Klinik Siti Fatimah Tmn U, skudai
doc check2 lama jgk la dia suspect chenta de prob dgn jantung,at last dia tanya2 dia kata thyroid ni..bg surat refer GH, doc pun ckp thyroid berdasarkan result blood test, ok sambung pasal mak plak, mak kata bersihkan la tukar kan baju mak skali, mak takut nak tgk masa nak bersihkan tu tgk drh mmy fresh blood pastu de ketul2 mcm hati ayam tu besar2 mcm tapak tgn, siap sume trus bawak mak g HSA.
Sampai je bhgian kecemasan dan trauma tu lama jgk la kan dok tgu..mak dh byk hilang drh so xlrt nk jln pe sume amik la wheel chair tu pastu doc tu pgl btau mak kena tahan wad, chenta nmpk la kt scan punya pic tu, chenta tanya doc ni cyct ke fibroid, pastu de sorng MA tu dok tgk je..mesti pelik npe chenta tanya cmtu,doc pun ckp ni fibroid 2yg besar pastu de 3 yg kecik kata doc. Dulu ktorng pernah ckp kt mak, mak ni ada fibroid ni tp mak tak percaya,dia igt dia nk menopos, setiap kali period mmy byk. kali ni betul mak de fibroid. Masuk la mak kat wad gynea HSA, bila masuk wad tu mcm2 la kes ada, selama ni dok tgk baca pengalaman kawan2 ritu selama 7hari mcm2 kes ada, baby meninggal dlm perut,baby prob dlm perut,cyst,fibroid,keguguran etc. 1st nite tu mak dok 3rd class wad chenta tak smpt nak mik GL esoknya baru mik GL dapatla mak pindah 2nd class. selesa skit la. Patutnya mak leh kuar semalam 6/11, tapi 5/11 mak demam doc suspect darah yg masuk 2/11 tu de kuman, so xdpt la kuar semalam. so 6.11 baru darah leh masuk lg 1 beg tu yang 7/11 mak leh kuar tapi 30/11 kena masuk blik sebab 3/12 mak kena operations. 
kawan2 tau jelah bila dh operate sure la rahim mak pun kena buang, doc terpaksa buat operation sebab fibroid tu dah ke bawah, dan akan menyukarkan proses pembuangan air kecil, chenta lupa nak snap pic scan mak tu. apa pun syukur mak sihat tp ktorng xnak mak buat kerja berat, sepanjang chenta berTTC niat nk beli lumiglow tp xpernah terbeli pun..tp tuk mak chenta beli jgk, xpelah tuk chenta kemudian2...chenta pun dh ckp ngan gynea chenta klu nk operate pun tgu mak sihat lepas mak operate..kalau dua2 operate siapa nk jg ktorng ni he3.. kawan2 ada any petua tak apa yg elok dimakan/suplement yg cepat menyembuhkan lupa operate. nk prepare awal tuk mak chenta.

Mak , along syg mak...along akn bt pe je tuk mak..


Photobucket

Tenanglah Disana

Hari ni pada jam 5.30pm cukup seminggu awah Mohd Firman Bin Mohd Yusof pergi meninggalkan
keluarga ,rakan-rakan,teman tecinta. 
Buat arwah tenanglah dikau di sana.
Kami disini senantiasa mendoakan, mengingati Firman
Betul la orang cakap, orang baik ni ALLAH sayang,
Sebab ALLAH sayang firman ALLAH amik firman.
Kalau firman ada mungkin firman sedang menangung kesakitan.
Tenanglah dikau di sana wahai adikku..
Doaku senantiasa mengiringi mu.

Al Fatihah buat adik2 chenta 
Syed Haizat Amir Bin Syed Isahak
Noramiza Binti Salim
Mohd Firman Bin Mohd Yusof

Insya'Allah syurga buat kalian...
Amin


Photobucket

Ayat Ruqyah..


Hari ini chentanak kongsikan satu ayat yg di namakan AYAT RUQYAH yg mana ianya boleh mengesan diri kita ni ada JIN atau tidak (dlm badan kita la), juga boleh menghalau JIN atau SYAITAN  dari tubuh badan kita.
Kalau komputer kita ada VIRUS kita selalu scan kemudian kita delete atau padamkan virus yg terdapat di dalamnya. Jika VIRUS itu yg susah nk dihapuskan kita akan hantar komputer kita ke kedai2 komputer untuk format semula komputer kita tu kan..
Sekarang kita nak SCAN diri kita pulak nk tahu samada dalam badan kita ada JIN atau tidak. caranya seperti ini:
1. Kita dengarkan video ayat ruqyah ini dgn earphone dgn volume yg paling kuat
2. Pejam mata dan jangan ikut bacaan ayat2 tersebut samada di mulut atau di dalam hati
3.SEKIRANYA…badan anda  BERPELUH2, HATI ANDA BERDEBAR2, TERASA MULA , HENDAK MUNTAH, PENING, TERASA ADA YG BERGERAKI DI BAWAH KULIT ANDA, SENDAWA , MENGANTOK, BATUK JANTUNG BERDEGUP KENCANG…
ini bererti badan anda dihuni JIN..
sekiranya ini berlaku maka anda hendaklah berjumpa dengan ustaz2 yg ada di darus syifa.. jgn jumpa BOMOH atau PAWANG ye…syirik tu
Jom kawan..kita dengarkan AYAT RUQYAH ini..

boleh download ayat ni dlm fon u ol, atau dengar melalui youtube..


Photobucket

Muhasabah Diri Itu Lebih Baik

Bila tibanya tahun baru, tidak kira tahun baru Islam mahupun tahun baru masihi, masing-masing antara kita sibuk untuk menetapkan azam baru dalam memperbaiki atau mempertingkatan mutu mahupun kualiti dalam kehidupan kita.
Namun kebanyakan kita selalu terlupa untuk muhasabah semula kembali azam-azam itu yang lepas.Diulanginya setiap perkara negatif yang menjauhkan kita dari mencapai azam yang di tetapkan itu.Muhasabah ini hendaklah dilakukan selepas setiap amal yang dilakukan agar hatinya tenteram bahawa dia tidak menyeleweng dari ketetapan Allah dan sentiasa mematuhi arahan dan meninggalkan larangan-Nya.
Mengikut Ibnu Qudamah:
"Pengertian muhasabah ialah melihat keadaan modal, keadaan keuntungan dan kerugian, agar dapat mengenalpasti sebarang penambahan dan pengurangan. Modalnya dalam konteks agama ialah perkara yang difardhukan, keuntungan ialah perkara sunat dan kerugiannya pula ialah maksiat."
Ibnul Qaiyim pula berkata:
"Muhasabah ialah membezakan antara apa yang diperolehinya dan apa yang perlu ditanggungnya. Setelah mengetahui yang demikian, maka dia hendaklah membawa apa yang diperolehinya dan melunaskan apa yang ditanggungnya. Dia seolah-olah seorang musafir yang tidak akan kembali."
Kepentingan bermuhasabah
Dengan bermuhasabah diri, kita dapat menilai setiap perbuatan kita, apakah ianya mencapai matlamat, menghampiri matlamat atau lebih teruk menjauhi matlamat yang kita tetapkan.
Contohnya bagi sesebuah pasukan bola sepak, bilamana berakhirnya sesuatu perlawanan (terutama bila mengalami kekalahan), pasti akan di adakan muhasabah (atau lebih di kenali sebagai post-moterm). Ini bertujuan untuk mengenal pasti segala kekurangan dan kelemahan seterusnya memperbaiki dan mempertingkatkan prestasi pasukan mereka. Maka,selebihnya lagi kita sebagai seorang muslim.
Dengan bermuhasabah juga, seseorang itu dapat mengelakkan diri daripada melakukan kesalahan yang sama untuk kali kedua,kerana orang muslim yang hebat adalah mereka yang dapat mempertingkatan kualiti diri mereka dari masa ke semasa.
Sabda Rasulullah saw :
"Orang muslim itu tidak akan di patuk ular pada lubang yang sama untuk kali kedua"
Kelebihan bermuhasabah
  1. Dapat mengenali kekurangan diri, maka dengan itu dapatlah kelemahan itu di perbaiki.
  2. Dapat bertaubat, menyesali dan meninggali setiap kesalahan yang lepas.
  3. Dapat mengenali hak Allah taala ke atas diri kita.
  4. Dapat mengelakkan diri dari mengulangi kesalahan yang lepas dan seterusnya mempertingkatkan amalan soleh.
  5. Dapat mempersiapkan diri sebelum bertemu dengan Allah di hari akhirat kelak.

Seperti yang di katakan oleh Umar al-khattab :
"Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung, timbanglah amalanmu sendiri sebelum ia ditimbangkan untukmu, dan bersedialah untuk hari pembentangan amal yang besar, sesungguhnya hisab pada hari kiamat menjadi ringan bagi sesiapa yang melakukan muhasabah diri di dunia ini.
Maka, di kesempatan ini, penulis menyeru kepada diri sendiri terutamanya, dan seterusnya kepada pembaca-pembaca yang di rahmati Allah sekalian, agar kita sentiasa muhasabah diri kita dari masa ke semasa, agar dapat memperbaiki dan mempertingkatkan prestasi diri kita dan lebih-lebih lagi dalam mengerjakan amal ibadah kepada Allah. Semoga hari ini lebih baik dari hari-hari kita yang sebelum ini.
Photobucket

Sedih~


Sedih mengenangkan sikap2 mereka yang melahirkan anak luar nikah~
senang dapat dan sewenangnya kalian membuang bayi tersebut~
dosa yang kalian buat pun dah terlalu besar apatah lagi ditambah dengan dosa membunuh..
Ya ALLAH bertapa jahilnya pemikiran kalian!
banyak cara lagi yang kalian boleh buat,,,tak nak? boleh serahkan kepada yang lebih memerlukan
mungkin nasib bayi tu lebih baik dari dicampak,dibuang..
9bulan korang angkut kehulu kehilir end up dengan kematian!
mungkin kalian tak rasa peritnya menanti ZURIAT!
esp bagi kami2 yang halal ni..
Hidup tanpa zuriat rasa sgt tak sempurna!
dan orang yang halal dan sng dapat zuriat tak rasa apa yang kami rasa!
tak perlu bersusah untuk dapatkan zuriat, bagi kami ni sanggup buat apa saja walaupun adakalanya benda tu perlu dapatkan khidmat doctor. Andai kalian berada ditempat kami mungkin kalian akan lebih menghargai...akan lebih berhati2.. Ya ALLAH permudahkan la usaha dan doa kami Ya ALLAH,
sesungguhnya kami ingin menikamti apa yang mereka diluar sana sedang,pernah nikmati..naluri keibuan kami sgt kuat Ya ALLAH, insya'allah kami akan jaga amanah MU jika kami diizinkan utk menjaga amanah itu.
sesunguhnya Ya ALLAH lengkap mana pun hidup kami..masih belum sempurna jika tiada zuriat. Apa pun Ya ALLAH kami bersyukur kerana kami adalah insan yang terpilih...insan yang diuji oleh MU Ya ALLAH, aku percaya akan ketentuan MU, kebesaranMU. akan ku nanti saat itu Ya ALLAH...


sorry agak emo byk sgt kes pembuangan baby yg sangat kejam....sangat sedih saat ni..tak terbendung lagi..apatah lagi didalam keadaan yg mcm ni..


Photobucket

Order Form for UPT,OPK,Avail's Product~

Name:
Telefon Number:
Email Address:
Address:
Quantity & Items
Payment Mode CIMB
RHB
Cash Deposit
Online Transfer
When can u settle the payment? : Within 24 Hours After Confirmation
Within 48 Hours After confirmation
I have read,understood and agreed to the terms & Conditions

Item(s) will be post via Pos Laju only in MALAYSIA. 

Sila pastikan emel anda betul sebelum submit order!

Sila cek emel @ spam box @ junk mail dalam tempoh 24 jam untuk mendapat respon.


Click here to put a form like this on your site.

Rezeki Ramadhan Alhamdulillah

Alhamdulillah

Daisypath Anniversary tickers

Our Precious Gift From Allah swt

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

My Blog B'day

Daisypath Happy Birthday tickers
Copyrights 2012 | © Mrs. Chenta TTC Journey | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™