Flower VS tote..only RM50 termasuk postage
Berminat as ussual tinggalkan komen anda.
FF chart
Good Morning!
Selamat berhujung minggu..
Orite kat atas tu chenta ada attach FF chart sepanjang beberapa hari chenta berBBT. Agak2 apa la kesudahan cycle chenta kali ni ea. Ni 1st time chenta berBBT jadi agak kelam kelibut carta FF chenta tu.
Nak komen? Silakan..terima dengan hati yang terbuka. :)
Pre-Loved Guess Jeans SZ 29
Sebab nak let go: terlalu confident yang ni confirm muat...dengan rasa bangga hati ye ni size mrs.mmy. Tak payah try pun takpe. Kesudahannya kat rumah longgar gilerrr. So beli dh 2bln pakai just skali untuk mencuba.
Price nak let go: RM150
Size: 29
Material: stretchable.
100% original...
Berminat sila tinggalkan komen anda.
Selain Fertility Friend Ada Website Lain untuk BBT?
Hye
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera~
hye rakan-rakan blogger and TTC'an!
okey hari ni chenta nak share satu website ni...
Orite selain
Fertility Friend ada website lain untuk mereka yang berBBT
chenta pun saja2 je search Thermometer 2 Demical
sekali terjumpa 1 website ni hah
Simple and easy to key in suhu,,,
cuma chenta tak sure la this website kita boleh
share chart dengan rakan-rakan BBT tak..
chenta pun sesukasuki je kat Ovuline ni...
Rasanya FF lagi mudah kot..
sama je cara dia key in suhu etc...
cuma yang Ovuline ni simple as well..
Lain org lain pandangan...try la klu nak cuba...
he3
then jangan lupa share kat sini which 1 ur choose..
chenta??
Fertility Friend of Cosh!
Wink!!!
Tips Mudah Hamil
CAHAYAMATA PENYERI HIDUP
Tiadalah puncak nikmat kebahagiaan seseorang manusia itu melainkan kenikmatan memiliki zuriat. Bayangkan bayi yang kecil, mulus, lemah dan tentunya comel terkulai lembut di dalam pelukan ibu bisa menggugat hati walau sekeras batu untuk tidak berasa terharu. Anak adalah anugerah, hadiah paling bermakna dari yang Esa.
IMPIAN BAGI SETIAP PERNIKAHAN
Setiap pasangan mengimpikan anak yang sihat, comel, bijak dan baik sejak dari hari pertama pernikahan. Maka, pelbagailah petua dan tip diamalkan dalam usaha mencapai apa yang dihajati. Malang bagi pasangan yang telah berpuluh tahun berumahtangga dan berusaha mendapatkan anak, namun masih gagal. Ironinya, di sebalik ke'gersang'an pasangan-pasangan ini bersusah-payah berikhtiar mendapatkan bayi, senang-senang aja sesetengah umat di luar sana get pregnant dan membuang anugerah Tuhan ini ke dalam tong sampah...
Perlulah diketahui, usaha untuk mengandung bukan setakat hubungan seksual atau mengetahui hari subur wanita. Permakanan dan kesihatan perlu diambil berat dan perhatian. Oleh itu, sila baca tip berikut :
MINUMLAH SUSU!
Jangan ingat bakal ibu sahaja perlu berpantang, suami juga perlu mematuhi beberapa petua antaranya dikehendaki meminum susu kambing/susu lembu tepung fullcream atau susu segar. Kalau merokok perlu berhentikan tabiat ini. Si isteri juga kena minum susu lembu sama ada dalam bentuk tepung fullcream atau susu segar. Malah, bakal ibu yang merancang untuk mengandung digalakkan untuk meminum susu persediaan ibu mengandung sebagai salah satu langkah awal persediaan, tak perlu tunggu dah confirm mengandung baru nak minum.
JANGAN MERANCANG UNTUK MENANGGUH MENGANDUNG!
Di awal usia perkahwinan sebaiknya usahlah merancang...kalau nak merancang pun biarlah ada seorang anak terlebih dahulu. Ada satu istilah yang dikenali sebagai 'Badan Merajuk'. Walaupun tiada bukti dari sudut saintifik, namun orang tua-tua dahulukala percaya badan wanita boleh merajuk jika merancang untuk menangguh dahulu untuk mengandung. Merajuk ini mungkin sekejap, mungkin lama. Sebab itu penting, wanita perlu menjaga kesihatannya. Sekiranya menangguhkan masa untuk mengandung, jagalah kesihatan dengan mengamalkan permakanan yang menyihatkan. Makan multi vitamin, sayur-sayuran, cukup makan dan cukup tidur.

Asid folik penting untuk pembentukan saraf bayi dalam kandungan terutamanya saraf tunjang, bulan pertama kandungan itu lagi saraf mula dibentuk. Sebab itu pengambilan asid folik ditekan sebelum mengandung. Ia mampu mengurangkan risiko kecacatan saraf tunjang tulang bagi bayi dalam kandungan. Oleh kerana asid folik tidak disimpan lama dalam badan, maka pengambilan berkala perlu dilakukan. Kebanyakan roti di pasaran telah ditambahkan asid folik bagi tujuan ini.
Sebagai langkah 'memujuk badan wanita' ini, antaranya adalah dengan membaca buku-buku mengandung, berbincang secara terbuka dan tenang dengan suami tentang mengandung, mengambil permakanan yang sesuai untuk ibu mengandung seperti susu ibu mengandung dan kaitkan diri dengan perkara-perkara mengandung boleh memberi isyarat kepada badan wanita untuk bersedia untuk mengandung.
DO & DON'T BAGI YANG INGIN MENGANDUNG
Kepada anda yang ingin mengandung dan mendapatkan anak, disarankan agar anda mengamalkan nasihat berikut:
Elakkan:
* Minum coca cola, pepsi cola, minuman bergas
* Air kacang soya!!
* Segala jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah seperti jeruk mangga dan ceremai
* Makan makanan fast food seperti KFC, Mc Donald, piza dan makanan ringan
* Makan burger dan nugget
* Makan jambu batu, nenas, tebu, anggur, putik betik

MENGAPA TAK BOLEH MINUM AIR KACANG SOYA?
Terdapat kajian di Britain, mendapati, sekiranya wanita ingin mengandung, elakkan pengambilan soya sewaktu hari-hari ingin bersama. Terdapat bahan dalam soya (genistein) mengganggu sperma daripada berenang menuju ke telur wanita.
KETAHUI MASA SUBUR ANDA
Secara umumnya,14 hari dengan hari pertama dikira pada hari pertama haid. (Sila rujuk artikel bertajuk 'Mengira Waktu Subur Anda' untuk mengetahui lebih lanjut). Ketika ini, telur wanita atau dikenali sebagai OVUM telah matang dan terkeluar siap sedia untuk disenyawakan. Bagi yang merancang untuk mengandung inilah masa yang paling sesuai untuk bersama dengan suami.
Akhirkata, chenta doakan kita berjaya mencapai matlamat kita, dikurniakan oleh Allah SWT zuriat yang sihat dan soleh/solehah...amin....
“Ya Allah! Bahagiakanlah hidup kami. Kurniakanlah kami zuriat-zuriat yang menjadi cahaya mata dan penyeri hidup kami nanti.” Amin
Subscribe to:
Posts (Atom)









