Selain Fertility Friend Ada Website Lain untuk BBT?

Hye
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera~
hye rakan-rakan blogger and TTC'an!
okey hari ni chenta nak share satu website ni...
Orite selain
Fertility Friend  ada website lain untuk mereka yang berBBT
chenta pun saja2 je search Thermometer 2 Demical
sekali terjumpa 1 website ni hah
Simple and easy to key in suhu,,,
cuma chenta tak sure la this website kita boleh
share chart dengan rakan-rakan BBT tak..
chenta pun sesukasuki je kat Ovuline ni...
Rasanya FF lagi mudah kot..
sama je cara dia key in suhu etc...
cuma yang Ovuline ni simple as well..
Lain org lain pandangan...try la klu nak cuba...
he3 
then jangan lupa share kat sini which 1 ur choose..
chenta??
Fertility Friend of Cosh!
Wink!!!


Tips Mudah Hamil


CAHAYAMATA PENYERI HIDUP

Tiadalah puncak nikmat kebahagiaan seseorang manusia itu melainkan kenikmatan memiliki zuriat. Bayangkan bayi yang kecil, mulus, lemah dan tentunya comel terkulai lembut di dalam pelukan ibu bisa menggugat hati walau sekeras batu untuk tidak berasa terharu. Anak adalah anugerah, hadiah paling bermakna dari yang Esa.

IMPIAN BAGI SETIAP PERNIKAHAN

Setiap pasangan mengimpikan anak yang sihat, comel, bijak dan baik sejak dari hari pertama pernikahan. Maka, pelbagailah petua dan tip diamalkan dalam usaha mencapai apa yang dihajati. Malang bagi pasangan yang telah berpuluh tahun berumahtangga dan berusaha mendapatkan anak, namun masih gagal. Ironinya,  di sebalik ke'gersang'an pasangan-pasangan ini bersusah-payah berikhtiar mendapatkan bayi, senang-senang aja sesetengah umat di luar sana get pregnant dan membuang anugerah Tuhan ini ke dalam tong sampah...

Perlulah diketahui, usaha untuk mengandung bukan setakat hubungan seksual atau mengetahui hari subur wanita. Permakanan dan kesihatan perlu diambil berat dan perhatian. Oleh itu, sila baca tip berikut :


MINUMLAH SUSU!

Jangan ingat bakal ibu sahaja perlu berpantang, suami juga perlu mematuhi beberapa petua antaranya dikehendaki meminum susu kambing/susu lembu tepung fullcream atau susu segar. Kalau merokok perlu berhentikan tabiat ini. Si isteri juga kena minum susu lembu sama ada dalam bentuk tepung fullcream atau susu segar. Malah, bakal ibu yang merancang untuk mengandung digalakkan untuk meminum susu persediaan ibu mengandung sebagai salah satu langkah awal persediaan, tak perlu tunggu dah confirm mengandung baru nak minum.

JANGAN MERANCANG UNTUK MENANGGUH MENGANDUNG!

Di awal usia perkahwinan sebaiknya usahlah merancang...kalau nak merancang pun biarlah ada seorang anak terlebih dahulu. Ada satu istilah yang dikenali sebagai 'Badan Merajuk'. Walaupun tiada bukti dari sudut saintifik, namun orang tua-tua dahulukala percaya badan wanita boleh merajuk jika merancang untuk menangguh dahulu untuk mengandung. Merajuk ini mungkin sekejap, mungkin lama. Sebab itu penting, wanita perlu menjaga kesihatannya. Sekiranya menangguhkan masa untuk mengandung, jagalah kesihatan dengan mengamalkan permakanan yang menyihatkan. Makan multi vitamin, sayur-sayuran, cukup makan dan cukup tidur.

Asid folik penting untuk pembentukan saraf bayi dalam kandungan terutamanya saraf tunjang, bulan pertama kandungan itu lagi saraf mula dibentuk. Sebab itu pengambilan asid folik ditekan sebelum mengandung. Ia mampu mengurangkan risiko kecacatan saraf tunjang tulang bagi bayi dalam kandungan. Oleh kerana asid folik tidak disimpan lama dalam badan, maka pengambilan berkala perlu dilakukan. Kebanyakan roti di pasaran telah ditambahkan asid folik bagi tujuan ini.

Sebagai langkah 'memujuk badan wanita' ini, antaranya adalah dengan membaca buku-buku mengandung, berbincang secara terbuka dan tenang dengan suami tentang mengandung, mengambil permakanan yang sesuai untuk ibu mengandung seperti susu ibu mengandung dan kaitkan diri dengan perkara-perkara mengandung boleh memberi isyarat kepada badan wanita untuk bersedia untuk mengandung.

DO & DON'T BAGI YANG INGIN MENGANDUNG

Kepada anda yang ingin mengandung dan mendapatkan anak, disarankan agar anda mengamalkan nasihat berikut:

Elakkan:

* Minum coca cola, pepsi cola, minuman bergas
* Air kacang soya!!
* Segala jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah seperti jeruk mangga dan ceremai
* Makan makanan fast food seperti KFC, Mc Donald, piza dan makanan ringan
* Makan burger dan nugget
* Makan jambu batu, nenas, tebu, anggur, putik betik

MENGAPA TAK BOLEH MINUM AIR KACANG SOYA?

Terdapat kajian di Britain, mendapati, sekiranya wanita ingin mengandung, elakkan pengambilan soya sewaktu hari-hari ingin bersama. Terdapat bahan dalam soya (genistein) mengganggu sperma daripada berenang menuju ke telur wanita.

KETAHUI MASA SUBUR ANDA

Secara umumnya,14 hari dengan hari pertama dikira pada hari pertama haid. (Sila rujuk artikel bertajuk 'Mengira Waktu Subur Anda' untuk mengetahui lebih lanjut). Ketika ini, telur wanita atau dikenali sebagai OVUM telah matang dan terkeluar siap sedia untuk disenyawakan. Bagi yang merancang untuk mengandung inilah masa yang paling sesuai untuk bersama dengan suami.

Akhirkata, chenta doakan kita berjaya mencapai matlamat kita, dikurniakan oleh Allah SWT zuriat yang sihat dan soleh/solehah...amin....

“Ya Allah! Bahagiakanlah hidup kami. Kurniakanlah kami zuriat-zuriat yang menjadi cahaya mata dan penyeri hidup kami nanti.” Amin


Bertudung Takut Azab Allah




Yatt Hamzah Bertudung Takut Azab Allah

Minggu lepas kita semua dapati Abby Abadi mengambil keputusan untuk berhijab, pada minggu ni Alhamdulillah seorang lagi artis Yatt Hamzah mula berhijab Alhamdulillah.
Syukur moga lebih ramai lagi artis dan mereka di luar sana berhijab. Amin

Ketika dihubungi MH Online sebentar tadi, ibu kepada seorang cahaya mata ini berkata;

"Alhamdulillah, sebenarnya sudah lama saya memasang niat untuk berhijrah ke arah yang lebih baik. Selepas pulang dari kelas usrah semalam, hati saya tergerak untuk mengerjakan solat sunat taubat.

"Ketika itu, saya dapat rasakan sudah tiba masanya untuk saya berubah. Dapat saya membayangkan bagaimana seksaan di akhirat nanti. Bermula pagi tadi, saya terus mengenakan tudung sebelum keluar rumah."

Tambah Yatt lagi, perubahan yang dilakukan ini bukan kerana paksaan daripada suami atau orang sekeliling sebaliknya kerana Allah S.W.T.

"Suami adalah orang yang paling gembira bila saya beritahu keputusan saya ini. Sebelum ini dia pernah menyuruh saya untuk bertudung tetapi tidak sesekali memaksa saya untuk berubah ke arah itu.

"Doakan semoga perubahan saya ini mendapat keberkatan daripada-Nya dan biarlah saya kuat untuk menghadapi apa saja ujian terutama dalam industri ini," kongsi Yatt dengan nada sebak.


credit to:
MH online



Untuk isteri tersayang ............



1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”
.

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.
5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.

Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...

Kisah Pimples~


Salam, 
chenta tertanya-tanya kenapalah pimples membiak dengan jayanya~
sedangkan chenta bukan la salah seorang dari mereka yg berkulit sensetif~
pimples halus pimples besar pun sudah ada~
nak kata pemakanan tak jugak sebab chenta makan apa yang biasa chenta makan 
sebelum-sebelum ni..
bulan ni ketara betul kat tubuh ni macam-macam ada..
sakit tang situ,sakit tang sini, pimples lagik..
owh serba tak kena...dibuatnya
Period due next weeks..menjadi kewajipan setiap kali nak period akan keluar PIMPLE tapi 1 je,,
kali ni lebih dari satu...
owh mungkin perubahan hormon( nak sedapkan hati)
kalau ada berita baik yang dinanti-nanti selama ni pun apa salahnya...
chenta sanggup pimples keluar..
sakit sana sini...
demia impian dan amanah yang dinantikan 
:)


Order Form for UPT,OPK,Avail's Product~

Name:
Telefon Number:
Email Address:
Address:
Quantity & Items
Payment Mode CIMB
RHB
Cash Deposit
Online Transfer
When can u settle the payment? : Within 24 Hours After Confirmation
Within 48 Hours After confirmation
I have read,understood and agreed to the terms & Conditions

Item(s) will be post via Pos Laju only in MALAYSIA. 

Sila pastikan emel anda betul sebelum submit order!

Sila cek emel @ spam box @ junk mail dalam tempoh 24 jam untuk mendapat respon.


Click here to put a form like this on your site.

Rezeki Ramadhan Alhamdulillah

Alhamdulillah

Daisypath Anniversary tickers

Our Precious Gift From Allah swt

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

My Blog B'day

Daisypath Happy Birthday tickers
Copyrights 2012 | © Mrs. Chenta TTC Journey | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™